Kantoi buat kesekian kalinya bagaimana individu yang dinamakan sebagai ‘NRF’ dipercayai Ruhainies rupanya tak puas hati apabila Bella Astillah dilantik sebagai duta sebuah jenama produk penjagaan kesihatan yang tular baru-baru ini.
Pendedahan buruk melibatkan perbualan menerusi aplikasi WhatsApp antara dua pelakon dipercayai Ruhainies dan Aliff Aziz itu dilakukan oleh wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine.
Bukan itu sahaja, pelbagai perkara lagi jadi topik sembang Aliff dan ‘NRF’ termasuk isu tangkap khalwat, perceraian dan komplot untuk menjatuhkan Bella.
“Ada saya nampak ini, semua orang ambil kesempatan atas isu kita. Awak nanti Allah SWT akan ganti lebih besar.
“Mungkin dia ingat rezeki ke apa tak tahu. Tapi memang barai semua jenama-jenama ini ambil kesempatan isu kita ini,” pujuk Aliff terhadap NRF.
Tak sangka reaksi NRF menerusi tangkap layar dalam salah satu perbualan yang dimuat naik itu terhadap pemilihan Bella sebagai duta begitu mengejutkan apabila disamakan sebagai binatang.
“Bella ambil Kitsui juga rupanya. Dia tak malu ke. Kalau saya tak ambil.
“B** untuk b** kan. Sesuailah,” ujar NRF.
Menerusi tangkap layar berbeza, dua individu tersebut juga sedang merangka strategi jika kes mereka dibicarakan kelak.
“Saya rasa Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah) akan ‘make example out of us’ tau. Bersedialah.
“Wakil peguam kita perlu bertungkus lumus untuk prosedur mitigasi sekiranya kita mengaku bersalah,” kata Aliff.
Selain itu, NRF juga mempertikai tindakan Bella mendedahkan kemelut rumah tangganya kepada umum sedangkan dia dan Aliff masih berdiam diri.
“Tak mengapa tiga bulan lagi yang itu (perbicaraan kes khalwat). Jangan fikir dulu, fokus apa yang ada di depan kita dulu.
“Cukuplah. Kita sudah banyak bersabar. Tak cakap apa-apa untuk dua minggu ini,” jelasnya.
Tidak berpuas hati dengan tindakan Bella, NRF turut mendakwa Bella telah menghantar e-mel kepada jenama-jenama beberapa produk agar berhenti menjalin kerjasama dengannya.
Dalam masa sama, NRF turut meminta Aliff agar tidak lagi terus menyebelahi isterinya dan berpendapat sudah tiba masa membongkar segala-galanya.
“Pasukan dia emel jenama-jenama yang bekerja dengan saya untuk berhenti bekerjasama.
“Awak nak pertahankan dia lagi? Nak simpan lagi segala yang dia buat? Sudah masanya untuk meletup,” kata NRF lagi.
BACA JUGA Serik dah menempuh ‘jem’ teruk 20 jam untuk balik kampung, lelaki ini teringat petua orang lama