Tak puas hati Kaka Azraff ditamatkan kontrak kerana pro-palestin, netizen mengamuk serang instagram Warner Music

Syarikat rakaman Warner Music Malaysia telah menjadi tumpuan kritikan netizen selepas berita tersebar mengenai kononnya kontrak penyanyi Kaka Azraff yang dikatakan akan berakhir pada 31 Disember ini.

Keputusan tersebut dikatakan berpunca daripada ketegasan Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34 tahun, dalam mengecam tindakan yang dianggap tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Berikutan berita yang tersebar itu, Instagram Warner Music Malaysia diserang oleh netizen yang tidak puas hati dan menuntut penjelasan lanjut daripada syarikat rakaman tersebut.

“Warner Music secara terangan menyokong Israel dengan membuang Kaka. Mohon keluar dari Malaysia.

“Duduk Malaysia tak perlu nak jadi lembu dicucuk hidung Zionis sangat.

“Memang silap besar Warner Music. Dia tak tahu netizen Malaysia macam mana,” komen netizen di posting terbaharu label berkenaan.

Sebelum ini, nama Kaka menjadi bualan hangat setelah disenaraikan oleh Jew Hate Database, sebuah laman sosial, sebagai artis yang memihak kepada Palestin.

Baca juga: Tak sangka hampas kopi boleh hilangkan bau hanyir peti ais, lepas ni janji tak buang dah!