Tak puas hati soal bayaran makanan, dua daripada lima suspek serang pusat tahfiz ditahan

  • Post author:

Tular mengenai lima lelaki yang disyaki menyerang pusat Tahfiz serta memukul pengajar dan pelajar dikatakan akibat tidak berpuas hati soal bayaran makanan. Dua daripada lima suspek sudah berjaya ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kedua-dua suspek berusia 30-an berkenaan ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Damak di Jerantut hari ini lapor Kosmo.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan kawasan.

“Tiga lagi suspek masih dikesan termasuk seorang suspek utama yang telah dikenal pasti butiran peribadi dan usaha menangkap suspek sedang dipergiatkan.

Katanya kedua-dua suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tak puas hati soal bayaran makanan

Berdasarkan laporan, kejadian dipercayai berpunca akibat suspek tidak berpuas hati terhadap penjaga pusat tahfiz berkenaan berkaitan pembayaran makanan di pusat tahfiz itu.

Katanya, berdasarkan maklumat awal pada pukul 5.10 petang semalam lima lelaki bersama seorang pelajar tahfiz pergi ke pusat tahfiz berkenaan menaiki sebuah pacuan empat roda sebelum tiga suspek bertindak menyerang mangsa.

Berdasarkan rakaman lelaki yang memakai kasut berkenaan menyatakan tidak berpuas hati apabila anak saudaranya dan pelajar lain dipukul.

Baca Juga: Wanita buat umrah pakai ihram, rakan dedah isu sebab tak mahu terlibat

Baca Juga: ‘Cuit sikit side mirror, hon tambah 12 harakat’, netizen sokong pemandu lori ajar si biadab