Tak saman orang ketiga sebab tak mahu panjangkan isu. Dia berbuat demikian disebabkan kasihankan bapa wanita itu yang juga seorang pelakon.
Menurut Kosmo, pelakon tersebut mendedahkan dia enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga antaranya dengan suami, Syamsul Yusof..
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memaklumkan, dia tidak mahu memperbesarkan kemelut yang timbul antara dirinya dengan wanita terbabit.
“Bangun pagi dapat Direct Message (DM) daripada netizen. Agak kelakar sebenarnya. Pertama, bertahun tak bertindak nak saman sebab kasihankan bapa anda (orang ketiga). Juga, saya tak nak besarkan hal ini.
“Kedua, yang inginkan perhatian orang itu adalah anda, bukan saya. Ketiga, tak baik maki hamun dah macam Amber Heard pula saya tengok dia ini,” katanya menerusi satu tangkap layar DM netizen yang dikongsi menerusi InstaStory.
Melalui perkongsian tersebut, tertera mesej yang dihantar wanita tersebut kepada seorang netizen yang tidak dapat disahkan identitinya mencabar Puteri Sarah agar mempercepatkan proses tindakan undang-undang terhadap dirinya.
“Ada sahaja netizen yang tak suka dia (Puteri Sarah) yang menyampai pada aku. Kau tak payah nak menyemak dan tak payah perasan sangat.
“Kau pergi beritahu dia (Puteri Sarah) aku tak takut dengan dia. Suruh peguam dia cepat sikit buat kerja okey. Kami dah meluat nak layan drama saman dia. Dah bertahun-tahun dah dia sembang tapi tak buat juga. Kemaruk sangat nak perhatian,” coretnya.
Semalam, Puteri Sarah mendedahkan kepada sebuah portal hiburan bahawa dia masih memegang status sebagai isteri yang sah kepada Syamsul.
Dunia sekarang, dah rampas suami orang lansung tak rasa bersalah, malah rasa bangga untuk ditunjuk pada umum. Bukan sekadar rampas suami tetapi juga rampas seorang ayah. Sedarlah tak bahagia memulakan hidup dengan menghancurkan hubungan orang lain.
Baca Juga: Sudah tidak tinggal sebumbung, Puteri Sarah mohon Ira Kaza berhenti menganggunya
Baca Juga: Gara-gara komen nak ganti Justin Bieber nyanyi, Iqbal Zulkefli dihina netizen