Sempat buat secara langsung lebih kurang 5 minit, wau bulan gergasi menggunakan bendera Pas akhirnya tersungkur lalu menyembah bumi.
Wau bulan gergasi milik Pas itu dibuat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlangsung pada 12 Ogos ini dan ketika inilah perang poster sednag giat dilakukan.
Dengan dikelilingi lampu warna hijau pada mulanya wau bulan gergasi dengan megah berdiri, tiba-tiba jatuh tersungkur.
Menurut Capiq yang memuat naik video itu ‘apakah daya perancangan Allah lebih baik’.
Difahamkan video itu telah diambil di Kumpung Tok Dir yang mengerahkan ramai orang kampung untuk menyiapkan wau gergasi yang mengambil masa seminggu dengan jentera yang disewa khas.
Rata-rata penyokong Pas merasakan bahawa satu tersungkur maka 10 lagi akan naik. Wau gergasi yang baru dijangka akan siap lagi dalam masa seminggu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon. Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengumuman calon bertanding sehingga jam 11.59 malam, 11 Ogos ini.
Sebelum ini, Kelantan terlebih dahulu membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun lalu, diikuti Selangor 23 Jun manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing pada 28 Jun dan Negeri Sembilan pada Sabtu lalu (1 Julai).
Baca juga: Madammu umum nama anak A.Kayden-Dalam Islam hari ke-7 ini dah dekat sebulan lebih