Siapa sangka anak perempuan Datuk Ramli MS muka ‘mix’ ditambah pula dengan wajah lembut jadi tumpuan netizen. Tak dinafikan anak perempuan pengarah muzik terkenal itu memiliki raut wajah lembut dan sedap mata memandang.
Meskipun hanya mengenakan solekan nipis namun pesona dan kejelitaan semula jadi, Nadiah Ramli tetap terserlah.
Melalui program popular All Stars Gegar Vaganza yang menampilkan bapa tersayang sebagai juri tetap, Nadiah hadir program itu telah menarik tumpuan para penonton tatkala wajahnya ‘ditangkap’ lensa kamera.
Tampil dengan gaya santai, wanita ini sebenarnya merupakan isteri kepada jurugambar Taufiq Nadzri.
Mengimbas kembali detik bersejarah bergelar isteri, pasangan ini diijab kabul ketika Covid-19 sekitar hujung Februari 2021.
Berkongsi foto perkahwinan di media sosial, kedua-duanya mengenakan persalinan indah putih gading.
Sementara ahli keluarga terdekat pula mengenakan busana rona kuning cair.
Biarpun diraikan secara sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran insan-insan tersayang.
Sebelum ini Nadiah pernah berkongsi momen perkenalan dengan suami dan ujarnya mereka mula mengenali di antara satu sama lain kira-kira enam tahun lepas iaitu pada hujung tahun 2017.
Ketika itu dia mengambil khidmat Taufiq sebagai jurugambar profesional. Inilah yang dikatakan ‘Kalau dah jodoh tak ke mana!’
Melihat wajah Nadiah, wanita ini mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish.
Ibunya juga individu berpengaruh dan merupakan penggiat seni terkenal tanah air, Jennifer Thompson.
Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama.
Baca juga: Hanya jual daun kering, pensyarah muda usia 29 tahun ini automatik jadi jutawan