Hidangan burger belalang semakin mendapat perhatian di kalangan penduduk dan menjadi trend baharu di Arab Saudi.
Burger belalang itu dijual pada harga 7.50 riyal (RM9.47), termasuk roti bun, belalang, bawang, sos, dan ramuan lainnya.
Serangga itu kebanyakannya ditemui di Madinah dan Qassim, namun tidak banyak restoran yang mahir mengendalikan serangga itu membuatkan ia ‘limited edition’.
Banyak peminat belalang berkongsi pengalaman mereka dalam memburu, menangkap, dan memasak serangga tersebut di media sosial.
Menurut Gulf News pada Sabtu lalu, satu beg yang berisi 100 ekor belalang dijual dengan harga 50 riyal (RM63.11).
Baca juga: Amboi lain macam! Wanita ini ‘apply’ cuti bekerja hanya kerana ‘tiada mood’