Donat adalah sejenis kuih yang mendapat tempat di hati pelbagai lapisan umur dalam masyarakat kerana teksturnya yang lembut dan gebu.
Malah, baru-baru ini, terdapat pelbagai jenis donat yang dijual, termasuk donat red velvet, donat susu, dan donat dengan inti berbagai jenis.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nur Aien berkongsi resipi donat bulat yang lebih mudah dan sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga dengan saiz yang lebih kecil.
Bahan-bahan
1. 1 paket yis mauripan
2, 3 cawan tepung gandum
3. 1 cawan air suam
4. 3 sudu besar gula
5. 3 sudu besar susu pekat
6. 2 sudu besar marjerin
7. 1 biji telur
8. Gula halus atau gula aising (untuk gaul donut)
Cara-caranya:
1. Cairkan marjerin dan biarkan ia sejuk.
2. Setelah marjerin sejuk, tambahkan telur, kemudian adun bahan-bahan selama beberapa minit dan ketepikan.
3. Gula dan susu pekat dicampurkan dalam air suam, kemudian diadun hingga larut.
4. Kemudian, masukkan yis, kacau lagi, dan biarkan selama 10 minit.
5. Setelah yis naik buih, masukkan campuran marjerin yang telah diadun bersama telur, dan kacau rata.
6. Campurkan semua bahan ke dalam tepung gandum. Uli doh sehingga sebati.
7. Kemudian, rehatkan doh selama 30 minit. Sebelum itu, uli dan ketuk-ketuk doh untuk mengeluarkan udara yang terperangkap.
8. Bentukkan doh menjadi bulatan dan susun dengan memberi jarak di antara satu sama lain dalam talam yang telah ditabur dengan tepung atau marjerin.
9. Rehatkan donat selama 10 hingga 15 minit sebelum menggoreng.
10. Goreng donat dalam api sederhana.
11. Gaulkan donat yang siap digoreng di dalam gula halus atau aising.
Selamat mencuba!
Cuba baca: Pergi kerja cuma naik motor, lelaki kongsi simpanan KWSP lebih RM1 Juta