Seorang pemandu memberitahu model HR-V RS tiada tayar gentian dan hanya ada repair kit yang mana kalau tayar pecah akan jadi kit pasu bunga.
Menerusi laman X, Adzman Kamaruddin berkata, kepada sesiapa berhajat nak beli Honda RS atau apa-apa model hybrid kena fikir masak-masak.
“Kereta bagus tapi selepas jualan teruk sangat!” katanya semalam yang dilihat meraih lebih 575,000 ‘views’.
Beliau berkongsikan cerita bagaimana tayar kereta HR-V RS miliknya pecah terlanggar objek di lorong kanan lebuhraya PLUS sebelum susur keluar Tanjung Malim sekitar jam 5.30 pagi.
“Telefon Honda Insurance (HIP), mereka hanya mampu tunda kereta ke pusat servis (SC) terdekat.
“Nasib baik ada trak PLUS bantu tunda keluar ke exit dan trak HIP hanya sampai jam 10.15 pagi, dekat 5 jam tunggu.
“Dan apa yang saya alami selepas itu betul-betul menyakitkan hati,” katanya.
Adzman menambah bayangkan hampir semua SC tidak simpan stok tayar dan paling awal perlu tunggu dua hari.
“Agak-agaklah tayar pecah kena tinggal kereta dua hari!
“Dah lah nak tunda ke bengkel luar pakej insurans menyakitkan hati. Selepas tunda ke SC, kalau nak keluar kena bayar sendiri!
“Lepas ni nak urus claim dengan @plus2u dan @plustrafik pula tengok apa cerita harap dipermudahkan,” katanya lagi.
BACA JUGA Pas dakwa dosa terampun dengan sebab kemenangan Islam, tutup premis judi jika menang