Tak sangka Irfan Fendi jalin hubungan cinta dengan ratu cantik Thailand, gambar dipadam

Tak sangka rupanya Irfan Fendi anak bekas pemain bola sepak legenda Singapura, Fandi Ahmad didakwa menjalin hubungan cingai dengan ratu cantik Thailand.

Dakwaan tersebut diperkuatkan dengan beberapa keping foto mesra mereka berdua yang sempat dikongsikan Anntonia menerusi laman Instagramnya.

Bagaimanapun gambar-gambar tersebut telah dipadam demi privasi mereka, lapor 8Days.

Irfan yang kini bermain untuk skuad Thailand BG Pathum United didakwa menjalin cinta dengan Miss Universe Thailand 2023, Anntonia Porslid.

Ini termasuklah gambar wanita berusia 26 tahun tersebut hadir menyokong salah satu perlawanan yang membabitkan pasukan Irfan.

Malah sehingga laporan ini ditulis, baik Anntonia mahupun Irfan tidak memberi sebarang kenyataan tentang hubungan intim mereka.

Irfan, 26, sudah bermain untuk skuad Thailand BG Pathum United sejak tahun 2019.

Anntonia yang merupakan seorang model berketurunan Thailand-Denmark baru dinobatkan Miss Universe Thailand 2023 Ogos lalu- Gempak

Baca juga: Buat kerja ulang alik macam ni pun di ‘traffic light’ boleh untung sampai RM48,000 sebulan