Seronoknya apabila laman belakang rumah seperti pasar raya, nak apa semua dapat petik!
Namun ada kalanya kita merasakan tidak mampu untuk menanam semua jenis pokok kerana tidak begitu mengetahui tips-tips untuk menyuburkan tanaman.
Ayuh kita lihat perkongsian oleh Zulfazdlina Abdullah di Facebook tentang cara mudah untuk menanam pokok tomato yang pasti membuahkan hasil.
Sebagai langkah permulaan, disarankan untuk mendapatkan keratan batang pokok tomato yang juga dikenali sebagai tunas air, dari nurseri terdekat untuk memulakan penanaman anda.
Tidak digalakkan untuk menanam menggunakan biji tomato ya.
Cara tanam:
- Cari tunas air pada batang pokok tomato, kemudian potongnya.
- Terus cucukkan keratan ke dalam pasu atau tanah.
- Disarankan untuk memotong lebih daripada satu tunas air dan cucukkan ke dalam tanah, kerana tidak semua keratan akan berjaya mengeluarkan akar. Kemungkinan beberapa tidak akan berjaya.
Mari kita teruskan dengan melihat tip penjagaan pokok tomato supaya cepat berbuah, seperti yang dikongsikan oleh MYsarah MK:
1. Teduhan
Yang paling penting, pokok tomato tidak boleh terdedah kepada terlalu banyak panas, kerana ia akan cepat layu dan akhirnya mati. Oleh itu, disyorkan untuk menanamnya di tempat yang teduh dan terlindung daripada sinaran matahari langsung.
2) Pendebungaan
Untuk membantu pokok tomato menghasilkan buah, anda boleh membantu proses penyerbukan dengan menjentik secara perlahan bunga yang muncul. Amalkan ini setiap hari untuk merangsang pembentukan buah.
3) Kekerapan siraman dan baja
Siramkan pokok tomato setiap hari kerana ia mudah layu jika terkena panas.
Jangan lupa gunakan baja juga. Baja yang digalakkan guna adalah palet tahi ayam dan Ezigrow.
4) Sokongan batang
Untuk menjaga pokok tomato yang batangnya lembut, disyorkan untuk mengikatnya pada kayu atau pagar.
5) Racun serangga
Pokok tomato mudah dihinggapi oleh serangga. Salah satu racun yang disarankan untuk mengawal serangga tersebut adalah cuka kayu.
6) Penjagaan buah
Apabila pokok tomato sudah mulai berbuah, disarankan untuk membungkus buah-buahan tersebut kerana haiwan boleh menyerangnya dan menyebabkannya berlubang dan rosak.
7) Daun kering
Buang daun yang kering atau rosak dan tinggalkan yang elok sahaja.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Dusuki dikritik guna RM225,000 hasil derma awam bina 5 menara masjid