Satu posting yang menjadi viral di media sosial menunjukkan iklan penjualan tanah kubur di salah satu laman e-dagang terkemuka di Indonesia, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Kilat hari ini.
Dalam posting yang dikongsikan di laman Facebook, seorang pengguna media sosial menyatakan bahawa terdapat beberapa penjual yang menjual tanah kubur secara dalam talian.
“Sudah ramai yang membeli,” kata netizen tersebut dalam hantarannya.
Hantaran tersebut juga memuatkan beberapa gambar tangkapan skrin iklan yang menawarkan pelbagai jenis tanah kubur dengan berat purata 1 kilogram, dijual pada harga 50,000 rupiah (RM15).
“Tanah kubur si mati meninggal pada hari Jumaat Kliwon,” kata salah satu keterangan iklan tersebut.
Iklan tersebut turut menyatakan tanah itu baru diambil dan masih ‘segar’.
“Tanah kubur laris diambil selepas dipesan,” ujar keterangan yang menulis harga sebanyak 1.3 juta rupiah (RM390).
Namun ada juga komen dari netizen yang berpendapat tanah tersebut pastinya diambil di sebelah laman rumah sahaja kerana jika diambil di kubur pasti akan dipukul.
Baca juga: Diratapi seluruh dunia Islam! Ini antara fakta pembunuhan as-Syahid Ismail Haniyeh