Tak sangka jumpa ‘ibu’ di Mekah, boleh pula gadis ini ajak makan bersama

Lantaran rindu yang lama terpendam, seorang gadis tak sangka terjumpa ‘ibu’ yang telah meninggal dunia ketika melaksanakan ibadah umrah di kota suci Mekah.

Berkongsikan detik mengharukan itu di TikTok oleh akaun @dimicindy, gadis dari Indonesia itu dilihat sedang makan bersama seorang wanita.

Mereka berdua menjamah makanan sambil berbual seolah-olah kenal rapat antara satu sama lain.

Begitu besarnya kuasa Allah ditambah berkat Tanah Suci, memang raut wajah wanita berkenaan mirip dengan ibu arwah gadis berkenaan.

“Percaya tak? Kita boleh berjumpa dengan orang yang sudah meninggal dunia ketika menunaikan umrah,” kata gadis itu.

Gadis tersebut turut memuat naik gambar ibunya sebagai perbandingan.

Perkongsian video yang sudah meraih 11.2 juta tontotan itu turut menggamit rasa rindu netizen kepada insan yang mereka sayangi.

“Andai satu hari dapat jejak kaki ke Tanah Suci dan jumpa orang seperti arwah abah, akan ku tegur orang tu. I wish i can peluk orang tu sebab rindu sangat dekat abah,” tulis seorang wanita.

“Aku percaya kerana banyak di kampungku yang seperti ini,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Hampir naik bulu roma kerana betul betul mirip,” kata netizen lain.

BACA JUGA Yang cakap harga barang mahal tu, boleh tak kongsi resit