Tak sangka kerja hanya ‘try’ gula-gula pun boleh dapat RM348k yang penting kena gigi cantik

Tak sangak kerja hanya ‘try’ gula-gula pun boleh dapat RM348k tapi dengan satu syarat iaitu kena gigi yang cantik dan mempunyai citarasa yang bagus.

Sebuah syarikat gula-gula menawarkan jawatan kosong untuk mengetuai kakitangan penguji rasa produk gula-gula dengan pendapatan tahunan AS$78,000 (RM347,646).

Dalam pada itu, syarat utama termasuk mempunyai ‘cita rasa bagus’ dan gigi cantik.

Jurucakap syarikat gula-gula dalam talian, Candy Funhouse, Vanessa Janakijevski-Rebelo di Kanada berkata, pihaknya sedang mencari Ketua Pegawai Gula-Gula untuk mengetuai pasukan pengujian rasa produk.

Tanggungjawab terdiri daripada meluluskan produk baharu kepada mengadakan mesyuarat kakitangan atau bertindak sebagai ketua penguji rasa.

Tawaran ini terbuka kepada sesiapa yang berumur lima tahun ke atas yang menetap di Amerika Utara.

Candy Funhouse berkata, pihaknya menerima lebih 100,000 calon dalam masa dua minggu sahaja.

Sebaik sahaja dipilih, kakitangan baharu yang bertuah itu akan menjalani latihan menyeluruh.

Antara faedah pekerjaan ialah termasuk elauan pergigian. Tawaran itu mendapat sambutan hebat di media sosial, bukan hanya daripada orang dewasa, malah kanak-kanak.

Baca juga: Ikan sardin, tenggiri beribu-ribu terdampar di pantai, orang ramai dinasihatkan jangan ambil dan makan