Apabila sudah meningkat dewasa, anak anak pasti akan memulakan kehidupan baru bersama pasangan hidup yang menjadi pilihan hati.
Dan kita juga pasti sering mendengar anak yang melupakan pengorbanan ibu dan bapa namun kisah ini sebaliknya malahan lebih teruk kerana ibu bapanya terlalu pilih kasih.
Wanita ini berkongsi kisah kedua orang tuanya yang sering memilih kasih dan tidak pedulikan dirinya yang sakit akibat tekanan menjaga kedua orang tuanya itu.
Hai semua.. Tujuan meluah di sini sebab rasanya dah macam nak bengOng pulak memikirkan masalah ni. Aku cubalah menulis sempoi – sempoi walau hakik4tnya yang nak diluahkan ni agak sedih juga tapi hidup kenalah ceria kan.Macamni, aku ni anak ketiga dari enam orang adik beradik.
Abang, akak, aku, 2 adik lelaki dan seorang adik perempuan. Family aku ni biasa – biasa aja. Mak surirumah, ayah keje kerajaan. Yang jadik luar biasa tu bila ayah aku buat hal, main jvdi dan ponteng keje sampailah kena buang keje.Semasa kecik aku bole kira dengan jari, berapa kali ajelah family kami harmoni.
Selebihnya kami hidup dalam ketakutan sebab weekend bila ayah balik, memang akan berlaku per4ng dunia antara mak dengan ayah. Topic g4do memang duit ajelah.Mak pula mungkin tekanan dengan per4ngai ayah, dia jadik seorang yang sangat garang segarang – garang mak lah.
Pakej lengkap memb4ntai dengan m4ki hamun sump4h seranah, complete lah. Tapi dalam adik beradik tu, akulah yang tak pernah kena pukul.
Aku rasa adalah sekali itupun sebab akak aku yang punca. Sebab aku ni sangat takut mak marah, aku akan buat sebelum mak bising and akan avoid ape yang mak tak suke. Mak aku punye garang tu level kalu ko tak dapat no 1 dalam kelas memang kena teruk.
Paling teruk aku ingat abang aku kene masa tengah mandi dalam bilik air sebab kantoi dapat no 2. Adik lelaki aku pulak kena sumbat dalam tong sampah belakang rumah yang penuh dengan ulat – ulat sampah tu.
Mungkin juga mak aku tak buat aku sebab aku ni dari darjah 3 dah panda carik duit sendiri.Bapak aku dulu part time editor kat publication company. Jadi, dia selalu dapat buku kanak – kanak free.
Makanya masa bapak aku buat hal tak bergaji, aku bawak buku tu ke sekolah dan jual. Siap ada cikgu tolong promotekan.Dari duit tulah dapat mak beli barang – barang makan and duit sekolah kami. Kadang – kadang aku buat penanda buku and jual seposen, dua posen kat sekolah.
Ada je kawan – kawan yang beli sebab waktu tu aku ketua darjah jadik aku salah guna kuasa sikit.Hidup kami juga masa kecik sangatlah boring. Nok: tengok tv pun takut. Mak hanya benarkan kami tengok TV masa hujung minggu itupun berg4ntung pada mood dia.
Tetiba dia moody dengan ayah, maka terkubvrlah impian ko nak tengok tv.Pernah mak pegi kerja sebagai tukang jahit kat kilang, dia pOtong wayar plug tv supaya kami tak dapat tengok tv. Sudahla zaman tu tengah hot citer moro att4ck, aku dengan akak terp4ksa tumpang tengok kat rumah jiran..
Oklah panjang pula mukadimah zaman kecik. Ok..walaupun serba kekurangan tu tuhan bagi rezeki kami adik beradik agak menjadilah juga dalam pelajaran. 4 daripada kami dapatlah belajar hingga ke universiti. Abang hanya diploma sebab kekangan kewangan.Kakak pula, memang kurang cenderung dalam pelajaran. Lagi – lagi dia banyak mengambil tugas mak menjaga adik – adik yang kecik waktu emak pegi kerja.
Aku dan 3 adik lagi dapatlah belajar hingga ke universiti dengan biasiswa.Apa yang menjadi punca masalah keluarga kami ni sebenarnya datang dari per4ngai mak ayah. Ayah memang terang – terangan pentingkan diri dan tak bertanggungjawab. Jadi dari kecil memang mak lah yang dominant dan akan buat keputvsan.
Mak pula berlatar belakang dari adik beradik kesemua perempuan, ayahnya dah meninggal sejak kecil. Jadik korang bayangkan la bila family yang take figura ayah unuk memimpin ni memang agak pincanglah sedikit.
Makcik – makcik aku ni memang kerjanya berg4duh sesama mereka dan berpuak – puak. Oleh kerana waktu tu mak aku lah yang bermasalah dan paling miskin, memang kami asik kena h1na ajelah adik beradik. Kalau kami balik kampung beraya tu, makcik – makeik ni pakat suruh anak – anak dia jaga purse.
Takut sangat kami budak – budak miskin ni rembat duit anak dia. Memang terasa betul dengan layanan sebelah family mak ni. Kononnya mereka orang bandar dan berduit, jadik orang susah macam kami, adik beradik ramai ni dipandang hina.Pinggan atau cawan kami pakai pun kalau boleh diorang nak samak.
Family belah ayah takda isu sebab mereka orang kampung dan baik je semua. Disebabkan layanan tu, mak aku ni aku perasan dia pun kadang – kadang upkan kami punya result exam.Yelah… dah itu je lah yang dia boleh brag kan sebab family belah mak memang kureng sikit bab belajar ni.
Lagipun mungkin beng4ng juga mak aku bila asik kena hina aje kan. Bila mak bangga pasal anak – anak dia panda tu, mulalah mereka semua meluat dan buat muka.Ok bila dah besar ni, tak taulah mana silapnya, walaupun masing – masing masuk belajar tinggi, tapi hanya aku jelah yang Alhamdulilah boleh dikatakan oKlah sedikit berbanding adik beradik yang lain.
Abang aku kahwin dengan budak bawah umur yang tak habis sekolah.Per4ngai pun pelik – pelik asyik buat hal aje dari anak 1 sampailah dah anak 7. Kakak pula kawen dengan lelaki biawak hidup yang on off kerja macam hobi je dibuatnya.
Adik lelaki aku kawen dengan housewife, sorang lagi kawen dengan mak jan anak 1.Manakala yang bongs walaupun berdegree tapi diuji pula dibuang kerja masa PKP first tuhari. OKlah tu semua dah takdir bab jodoh dan rezeki ni, cuma apa yang aku terkilan sika mak aku yang sangat pilih kasih.
Sejak sekolah, memang aku sorang yang duduk asrama dari tingkatan sampailah ke universiti.Mungkin sebab tu hubungan aku adik beradik tak berapa rapat. Mak aku pula ada satu peel dia suka gapkan aku dengan adik beradik lain. Contoh kalau aku but open house ajak adik beradik, diorang akan minta permission mak aku ulu sebelum datang rumah aku.
Kalau mak aku kata boleh, barulah diorang datang. Mak juga jaga anak – anak abang dan akak aku yang rapat – rapat macam paku tu sampaila dia sendiri kena d4rah tinggi dan akhirnya strOke.
Beberapa kali mak keluar mask hospital, akulah yang kena kore tabung, korek epf.Yang hantar anak duduk dengan mak tu, sema leas tangan. Bayangkan lah waktu mula – mula kerja baru nak menyimpan, memang habis ke perubatan mak aja. Mak pula taknak pegi hospital gomen, lambat dan tak selesa katanya.
Jadi terp4ksalah bawa ke private hospital.Kali pertama mak kena strOke, aku keluarkan saving dekat 10k juga. Doktor pesan jangan jaga cucu dah.
Ehhh.. elok je dia sihat, dia sambung jaga cucu – cucunya.
Benda nilah yang selalu buatkan aku terasa dengan mak. Masa sihat, jadik bibik kat anak – anak.Bukan saja jaga cucu, diorang siap balik keria makan dan mandi kat rumah mak aku. Lepak – leak anak beranak tengok TV, malam baru balik. Bilanya mak aku tu nak berehat kan?
Aku ni pula duduk jauh sikit dari rumah mak, dan aku waktu tu ambil bibik untuk jaga anak – anak aku.Memang langsung taknak susahkan mak. Tapi ada masa kadang – kadang bibik balik kampung or nursery tutup, terp4ksa minta tolong mak. Tapi selalunya memang macam mintak nyawa.
Pernah masa aku bersalin, suami minta tolong mak jaga (sebelum mak strOke), mak minta bayaran dan pakej bayarkan sekali nursery untuk anak – anak akak yang tak dapat dia jaga sepanjang tempoh aku berpantang tu.Pokoknya bila dengan aku, mak memang akan berkira dan minta upah.
Datang rumah aku pun kena bagi duit minyak dan kalau dia tolong kemas – kemas tu memang kena hulur lah duit upah apa bagai.
Duit bulanan memang aku bagi without failed dari mula kerja.Ok dipendekkan cerita, lepas mak aku strOke yang pertama, 10 tahun lepas tu (2019), mak aku kene strOke lagi. Jadi masa inilah masalah bermula. Sebab ayah aku pun dah dekat umur 70, jadi aku cadangkan abah takyah la keje dah.Dok rumah aku dan jagalah mak aku. Ayah pun dah tua bole tumpukan perhatian dekat ibadah juga.
Sebelum ni abah kerja sebagai guard sebab rumah yang mak duduk tu guna nama abang, jadik ayah kerja dan bayar rumah tu.Jadi bila ayah tak keje ni, rumah tu bagi sajalah kat abang untuk dia bayar sendiri dan dia sekeluarga pindahla masuk rumah tu (sebelum ni abang menyewa sebab isterinya taknak duduk dengan mak).
Bila aku suarakan cadangan pada bang, abang setuju tapi bersyarat.Mak dan abah, aku kena jaga sebab bini dia memang m4ti – m4ti tak nak duduk dengan mama abah.
Oklah aku jagalah mak aku yang waktu tu memang tak bole bangun. Kebetulan aku dapat cuti belajar sambung 3 tahun.
Aku anggap tu rezeki aku lah sambung belajar sambil berbakti kat mak yang s4kit.Kusangkakan segalanya ok seperti dirancang, rufenya bila mak dah baik dari strOke kali kedua tu, mak pakat dengan ayah untuk balik ke rumah abang. Kononnya dia nak duduk seminggu dua sahaja, lama – lama dia dah tak balik terus rumah aku.Bila aku tanya alasan dia PKP.
Bila ada kesempatan aku pun pergilah ke rumah abang (rumah lama mak), terperanjat aku bila tengok yang ayah aku dah bekerja guard semula dan dia memang nak tinggal dekat rumah tu.
Ayah kerja dan tolong bayar rumah dan bills. Mak pula aku tengok m4kin sihat mungkin hati happy dapat duduk dengan anak dan cucu – cucu kesayangan. Aku ada ajak mak balik rumah aku sesekali sebab aku tahu bini abang tak suka dia dok situ (berdasarkan perjanjian aku dengan abang masa nak suruh abang pindah dan bayar rumah tu), tapi mak bagi macam – macam alasan.Ayah takda cutilah, malas nak packing baju lah. Aku terasa juga tapi tidakla memaksa.
Setahun kemudian, ayah aku diberhentikan kontrak kerja sebab umur dah 70. Bermulalah episod baru. Hampir setiap hari abang wasap aku menagdu itu in pasal ketidakpuasan hatinya dengan mak dan ayah.Kebanyakannya hal – hal remeh macam ayah aku tolong masakkan sarapan anak – anak dia.
Bini dia marah sebab rase macam tak guna pula (dah ko bangun lewat, ayah aku tolonglah…). Tapi pada pemerhatian aku, semua jadi tak kena bila abah aku tak keja dan tak menyumbang kat rumah tu.Klimaksnya bini abang lari rumah, balik kampung dia (negeri lain).
Waktu tu padahal pk, tak pasti ape dia k3ncing polis dan lepas untuk rentas negeri. Abang aku pula naik h4ntu dan halau bapak aku cakap bapak akulah yang menyusahkan dia.Aku tau, niat abang aku halau ayah aku supaya mak aku ikut sekali, tapi malangnya mak aku ni memang sayang abang aku lebih dari suami sendiri. Maka malam tu abah aku keluarlah dari rumah tu sorang – sorang. Manakala mak aku masih nak tinggal situ.
)an bini abang aku masih tak nak balik rumah selagi mak bapak aku tak keluar rumah tu. Anak abang ku ada 3 orang yang bersekolah, waktu tu lagi dua hari nak puasa. Abang aku terp4ksa pujuk balik sapak aku supaya datang balik.
Kalau tak siapa nak tengokkan anak – anak dia kan. Mak aku pun pujukla bapak aku walaupun masa tu bapak aku dah nak pindah rumah aku balik. Genapla sebulan mak bapak aku jadik bibik mengurus anak anak abang, 2 hari sebelum raya, abang aku hankut anak – anak dia balik beraya ke kampung bini dia tapa bagitau mak bapak aku.
Kalau tak siapa nak tengokkan anak – anak dia kan. Mak aku pun pujukla bapak aku walaupun masa tu bapak aku dah nak pindah rumah aku balik. Genapla sebulan mak bapak aku jadik bibik mengurus anak.
Jadi mak abah aku ni dah plan nak beraya dengan abang dan cucu – cucu siap dah order ketupat. Jadi bila tak jadik tu, aku ajakla mak bapak aku beraya kat rumah aku jelah. Aku masak lauk raya. Nak jadi cerita, petang raya tu bapak aku nak pegi ambil ketupat yang dia order sebelum nak datang rumah aku. tiba – tiba dia jatuh motor diser4ng heart att4ck.
Ayah tak pernah ada s4kit apa sebelum ni. Nasib ada jiran yang bawa ke hospital swasta berdekatan (call ambulans tak sampai – sampai). Sampai je terus ayah kena cpr, kata doc kalu lambat skit lagi memang ayah dah takda.Makanya tak berayalah kami tahun ni. Kami terus bagitau abang keadaan ayah.
Ingatkan dia risau dan balik segera. Dia mintak surat doktor, tapi tak balik – balik. Rupanya guna surat doctor untuk bagi ke HR dia untuk sambung cuti.
Macam takda perasaan, dia beraya sakan dekat seminggu kat kampung bini tapa hiraukan keadaan abah. Disebabkan dah terang dan jelas, bini abang tak suka diorang duduk situ, lebih – lebih lagi dengan ayah dah tak kerja, maka mana lagi mereka nak pergi.
Adik lelaki aku yang lain kat KL. Yang akak and adik aku pun masing – masing ada masalah sendiri. Jadi memang takda pilihan, diorang berpindahla balik ke rumah kami. Mula – mula mak memang nampak kecik hati dengan abang, tapi lama – lama dia dah macam angau pula suruh ayah aku call abang tanya khabar dia dan cucu.
Boleh katakan seminggu berapa kalilah call. Abang aku pun sejak ayah keluar hospital takda datang jenguk pun. Ayah la yang datang ke sana. Dua bulan mak dan ayah duduk rumah aku ni, aku dan adik perempuaniah yang bergilir bawa diorang check up.
Alhamdulillah diorang pun sem4kin sihat. Check up pun dah jadi 3 hingga 6 bulan sekali je. Sepanjang mak ayah dok bersama, kebetulankan aku cuti belajar, jadi aku uruskan la makan minum. Anak – anak pun PDPR. Mula – mula ok je, tapi lama kelamaan dku jadik macam kemurungan sebab bangun pagi nak kena fikir nak bagi makan apa, urus anak pdpr, kemas rumah dan nak study.
Boleh katakan aku boleh study malam je bila sema orang dah tido. Lepas tu pagi – pagi dah kena bangun. SUAMI aku frontliner dan tada cuti. Tapi dia membantu dari segi tak bagi aku buat house chores macam bash baju lipat baju sema tu aku dah tak buat dah.Husband hantar ke Dobi aja.
Weekend memang panggil bibik aje datang kemas rumah. Untuk pengetahuan korang, mak ayah aku bukanlah bedridden. Sebelum ni dia duduk dengan abang aku, diorang bole basuh baju, kemas rumah, malah masak untuk anak – anak abang aku.Padahal kak ipar aku tu housewife ye.
Anak paling <ecik pun dah 4 tahun. Tapi bila duduk dengan aku, mak bapak aku terus kejenya makan, tido, tengok tv, ulang – ulang itu jelah kejenya. Kadang – kadang aku terbabas sebab stay up malam, memang diorang pun takdalah nak masak or makan. Tunggulah aku masak atau belikan.Padahal rumah aku dekat je dengan kedai makan, kalau kata tak pandai Food panda lah kan.
Jadi hidup aku jadi tunggang langgang juga lah dengan nak kejarkan DP thesis aku. Aku ni nak dapatkan scholar punyalah susah kan, compete ramai – ramai satu jabatan.Bila dapat ni, of course aku nak kene meet the requirement… grad on time. Alhamdulillah so far, on track lagi belajar aku waktu tu.
Aku memang dah rasa hidup aku serabut dan mudah penat. Kadang – kadang rasa sesak napas.Aku fikir positif je waktu tu, mungkin angin sebab aku makan tak menentu. Biasa leas penat masak sorang – sorang tu, aku akan naik atas and sambung study. Aku nak buat medical check up, tapi aku delay sebab nak siapkan DP aku.So, satu hari ni aku kene ‘sesak napas* tu kerap. Sehari dalam 3-4 kali.
Jadi terp4ksalah aku ke hospital jumpa cardiOlOgist. Before tu aku da google – google simptom tu macam ada relate dengan jantung. Jadi doc tahan aku kat ward untuk monitor 24 hrs ECG.*Esok pagi tu aku kena ‘ser4ngan’ ngam – ngam masa Doc round ward, so Doc confirmkan dari ECG, yang jantung aku ada tersumbat.
Menangis aku dan suami waktu tu. Kenapalah ujian bertimpa – timpa kat kami nih. Doc terus buat angio on the spot.Aku tak full bius so aku nampak Doc buat procedur tu. Nampaklah ada salur mana yang dah tersumbat hampir 99%. Doc terus buat stent and ballon. Aku admitted dekat 3 hari.
Itupun aku minta Doc nak keluar awal sebab mengenangkan anak – anak dan orang tua kat rumah.Doc benarkan tapi memang banyakla syarat – syarat tak bagi aku bergerak dan masak – masak.
Sepanjang 3 hari tu, memang mak bapak aku menjalani hidup macam biasa. Langsung tak tanya kenapa aku, aku pegi mana. Nehi. Takda. Yillek.Laki aku terp4ksa slow talk mak bapak aku sebelum bawak aku balik. Dia bagitau sekarang aku tak sihat, mudah penat and ada condition jantung.
So, laki aku mintak sama – samalah jaga diri. Apa bole buat sendiri tu, buatlah.Rumah ni penuh makanan, frozen food, sardin, lauk basah. Kalau boleh masak sendiri, masaklah takyah tunggu aku. Oklah adalah perubahan dalam seminggu. Elok seminggu, aku pun jenis tak bole nak rehat – rehat tak buat ape, aku dah mula turn bawah.
Start tu mak abah aku pun balik asal jadik VIP lepgk – lepak, tengok tv makan tido. Tengok maharaja lawak tu memang favourite sampai musim – musim lama pun dibantai tengok. Kadang – kadang aku pelik kenapa diorang bole duduk macam tu walaupun tubuh badan sihat. Tak boring ke hidup?
Aku jeles tengok kawan – kawan aku kat FB yang dok dengan mak bapak. Yang bapakya bercucuk tanamlah, pOtong rumput lah, ajar cucu mengaji lah. Yang maknye boleh tolong lipat baju, masak sama – sama, siram pokok. Pendek kata beraktiviti lah kaedahnya.Kontra gila dengan mak bapak aku.
Mind you, peel orang kaya diorang ni hanya terpakai kat rumah aku je. Kalau dia duduk atau pergi rumah anak – anak lain, minyak kete pun dia bayarkan dan makan pun dia hulur duit. Bila kat rumah aku diorang terus jadik macam OKU.
Nasibla ketika itu musim pk dan aku pun tak kerja, jadi kuranglah membeli unnecessary things. Duit aku memang habis ke makan ajelah. Pulak jenis kalu beli lauk tengahari, malam nak makan lauk lain. Aku tak pernah bunyik sebab takut diorang terasa. Sebenarnya panjang lagi, part paling aku sedih masa anak bongsu aku meninggal. Kalau ada masa nanti aku kongsi lagi.