Ramai individu yang sangat gemar menanam pokok buah-buahan dan pastinya mengharapkan hasil yang lumayan.
Namun ada ketika pokok yang ditanam seakan tidak mahu berbuah apatah lagi merendang di pohonnya.
Namun jangan risau kerana menerusi hantaran di laman Facebook, wanita ini berkongsikan teknik yang digunakan olehnya untuk melebatkan buah pohon mangganya
Kak Chah mengatakan pokok mangga yang ditanamnya di tepian jalan berjaya mengeluarkan hasil yang sangat banyak hingga dahannya menjadi kendur.
Malahan ada dahan yang telah patah disebabkan buahnya yang terlampau lebat.
Ini kaedah yang dilakukan Kak Chah pada tanaman mangganya yang bukan sahaja berbuah lebat, tetapi juga manis isinya.
- Gali lubang dengan jarak 30 sentimeter di sekeliling batang pokok.
- Setelah itu, tuangkan minyak masak terpakai ke dalam lubang tersebut.
- Jika buah mangga berulat, taburkan garam kasar di sekitar pokok pada jarak kira-kira 30 sentimeter dari batang.
Selamat mencuba.
Baca juga: “Abg ipar seboleh mungkin tak bagi aku jumpa kakak, katanya kami nak menggatal belakang dia”