Tak sangka orang Australia ramai ketagih makan laksa, boleh pula buat sarapan

Muncul trend unik di sekitar Darwin, Australia apabila banyak gerai yang menjual laksa menjadi tumpuan masyarakat setempat.

Lebih menarik apabila mereka menikmati juadah laksa tanpa mengira Waktu termasuk untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.

Bahkan, ada festival laksa tahunan lagi yang diraikan selama sebulan yang antaranya bertujuan menobatkan Raja Laksa.

Setiap pagi Sabtu, orang ramai akan membentuk garisan panjang di gerai-gerai yang terdapat di Pasar Parap, Darwin, Australia.

Tujuan mereka ke situ tidak lain dan tidak bukan untuk mendapatkan hidangan kegemaran masyarakat di situ iaitu laksa.

Laksa makanan yang sinonim dengan Malaysia, Indonesia dan Singapura rupanya telah menjadi makanan pilihan ramai di Darwin.

Pada hari bekerja atau hujung minggu, laksa ada dijual di mana-mana medan selera, kafe dan restoran.

BACA JUGA Ini cara 395,870 calon semak keputusan SPM 2023