Tak sangka resepi pancake pisang ala Thailand ini tular lagi, rupanya guna 5 bahan je!

Mengikut kajian, selain melancong di dalam negara, rakyat Malaysia juga sering berkunjung ke Thailand kerana tempatnya yang cantik dan juga harganya yang murah.

Makanan yang disajikan di Thailand juga enak belaka dan murah berbanding di Malaysia.

Pasti anda yang pernah berkunjung ke sana pernah merasai pancake pisang bukan?

Sebenarnya untuk menyediakan pancake ini tidak susah dan bahannya juga mudah didapati.

Jom kita cuba untuk memasak pancake pisang thailand dengan lima bahan ini:

  1. Pisang
  2. Frozen paratha
  3. Butter
  4. Coklat hazelnut spread
  5. Gula

Cara-caranya:

Letakkan paratha atas plastik dan pinggan untuk defrost selama 5 minit. Apabila paratha sudah lembut, potong pisang dan susun di atasnya.

Asalnya hendak susun 12 pisang, tetapi saya hanya susun 9 pisang sahaja. Selepas itu, lipat paratha tersebut.

Panaskan pan dan tambahkan butter/salted butter/margerin, atau minyak. Setelah panas, masukkan paratha yang telah diisi dengan susunan pisang ke dalam pan dan biarkan selama 2 hingga 3 minit.

Kemudian, taburkan sedikit gula dan balikkan pancake anda. Biarkan selama 2 hingga 3 minit lagi untuk memasak dan menjadi garing.

Apabila pancake berwarna emas kekuningan, angkat dari pan dan sapukan coklat hazelnut spread. Potong dan ia sudah siap untuk dihidangkan. Anda boleh makan suam-suam.

Baca juga: Galak kongsi gambar janin di media sosial, ramai taktahu hukumnya haram?