Tak sangka rupannya wanita Melayu, India adik beradik kandung walaupun teman sepermainan sejak kecil.
Siapa sangka wanita berbangsa India dan Melayu dari Singapura ini apabila mendapat tahu mereka sebenarnya adalah adik beradik kandung.
Puan Thangah Koh, 72 dan Puan Fatimah Mohidin, 71 juga merupakan kawan baik sejak kecil lagi.
Mereka berdua sebenarnya lahir dalam sebuah keluarga bangsa Cina sebelum diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.
Ketika masih bayi, Puan Thangah atau nama sebenarnya Koh Siew Kiang sering jatuh sakit dan dikhuatiri akan membawa nasib malang kepada bapanya. Oleh itu, dia diserahkan kepada keluarga India ketika usianya 5 bulan.
Setahun selepas itu, Puan Fatimah atau nama sebenarnya Koh Siew Lang, telah lahir dan mendapati saiz ibu jari kakinya agak besar.
Jadi tukang tilik berkata nasib malang akan menimpa kepada si ibu. Oleh itu, Puan Fatimah diserahkan kepada keluarga angkat. Puan Thangah namun atas sebab tertentu, dia diserahkan pula kepada keluarga angkat Melayu ketika usia 2 bulan.
Orang selalu cakap muka kami sama dan tanya adakah kami adik beradik? Saya cakap saya Melayu dan Thangah India. Jadi, macam mana boleh jadi adik beradik?
Sejak kecil lagi keluarga angkat selalu menggalakkan mereka bermain bersama-sama tetapi mereka tidak pernah bertanya apa sebabnya.
Ketika Puan Thangah berusia 20 tahun dan perlu membuat kad pengenalan, dia terpaksa mencari semula keluarga kandungnya yang berbangsa Cina.
Ia merupakan salah satu proses untuk mendapat kerakyatan Singapura memandangkan orang dahulu tiada dokumen hitam putih mengenai urusan anak angkat.
Sambil ditemani ibu angkat, Puan Thangah akhirnya sampai di rumah keluarga kandung. Awalnya, ibu kandung Thangah menyangka dua orang individu itu salah rumah namun apabila dia tahu siapa Puan Thangah, mereka akhirnya menitiskan air mata.
Pada hari yang sama juga, bapa kandung Puan Thangah menceritakan hal yang sebenar dan dia juga pernah membuat iklan pencarian anaknya di surat khabar Cina namun usaha itu gagal.
Sama seperti Puan Thangah, keluarga angkat Puan Fatimah juga tidak pernah memberitahu tentang asal usulnya dan dia terima sahaja yang berlaku.
Bapa kandung mereka juga menyesal kerana memberi kedua-dua anak mereka kepada orang lain tetapi tiada niat mahu merampas mereka daripada keluarga angkat. Hubungan keluarga mereka juga semakin rapat dan selalu meraikan hari perayaan bersama-sama.
Baca juga: Kagum! Walaupun usia sudah 80 tahun Penyimpan Mohor Besar Raja-raja boleh hafal teks