Taktik penjual pujuk beli tiket berhasil, lelaki dari Pahang menang ‘jackpot’ RM28.8 Juta

Tak sangka usaha penjual yang menggalakkan lelaki ini membeli tiket pilihan bertuah akhirnya dia terkejut diumumkan pemenang RM28.9 juta.

Sambil mengakui usaha penjual yang menarik perhatian dan membuatkan dia terus membeli tiket itu.

Kisah ini menggambarkan individu bukan Islam dari Raub, Pahang yang diumumkan sebagai pemenang utama loteri berjumlah RM28.9 juta.

Kemenangan yang diumumkan pada 18 Jun itu diperoleh daripada siri khas sempena Hari Bapa. Pemenang ini yang enggan namanya didedahkan berkata, apa yang berlaku adalah kebetulan semata-mata.

Pada masa itu dia membawa anak membeli kasut baharu di sebuah kedai bersebelahan kedai loteri.

“Itu hanya kebetulan semata-mata. Saya membawa anak membeli kasut baharu dan kedai loteri terletak bersebelahan.

“Lagipun waktu sudah hampir petang ketika saya bergegas mendapatkan kasut untuk anak perempuan. Tiba-tiba kelihatan penjual loteri melambai kerana sudah mengenali saya.

“Salah seorang daripada mereka menggalakkan saya membeli tiket Jackpot Lucky Pick yang dipaparkan di tingkap. Ia adalah tiket pilihan bertuah System Bet-3,” jelasnya.

Tanpa berlengah dia yang sentiasa mempunyai nombor pilihan terus membeli tiket loteri itu bagi mencuba nasib.

Tambahan pula, dia sangat gembira kerana tarikh tersebut merupakan sambutan Hari Bapa.

Pernah memenangi jumlah yang kecil, dia pada awalnya tidak menyedari nombor yang dipegang telah dipilih sebagai pemenang.

Bagaimanapun, isterinya bertindak pantas dengan membuat semakan lanjut.

“Kami sudah pun berbincang tentang tiket pilihan bertuah yang saya beli pada hari sebelumnya, dan isteri saya mempunyai firasat bahawa ia boleh menjadi nombor pilihan bertuah.

“Dia memutuskan untuk menyemak silang nombor di laman web rasmi dan ternyata saya adalah pemenang bertuah!

“Nombor pilihan bertuah saya 6736 (Hadiah ke-2) + 0651 (hadiah ke-3) adalah nombor jackpot yang menang,” katanya teruja.

Masih tidak percaya, dia pergi ke cawangan pada hari berikutnya dan meminta penjelasan daripada penjual di kaunter.

Dia berterima kasih kepada penjual yang menggalakkannya membeli tiket pilihan bertuah itu sambil mengakui usaha penjual yang menarik perhatian dan membuatkan dia membeli tiket itu.

Bagaimanapun peringatan buat umat Islam, bermain judi dan nombor ekor adalah haram kerana mendatangkan mudarat dan bahaya terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat yang akhirnya boleh memberi kesan yang buruk kepada negara.

Memetik perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pengharaman judi dalam al-Quran berlaku secara berperingkat kerana memberi kesan dan implikasi yang besar.

Baca juga: Lawat Kota Al Ula makruh, tapi elok pergi tempat-tempat suci seperti masjid