Sebelum ini pada bulan Ramadhan, tular gambar penjualan air menggunakan akuarium yang dikhuatiri tidak mencapai piawaian dan kriteria penyimpanan makanan.
Kini, gambar itu tular semula kerana ada penjual air yang menggunakan kembali demi menarik perhatian pembeli walaupun telah dikhabarkan kesan kesan buruk penggunaan akuarium itu.
Malah, peniaga tersebut telah menambah pam demi untuk menjadikan buih buih air yang dari luarannya amat menarik untuk diminum.
Penggunaan akuarium kaca dan pam jenis plastik seperti ini idak mematuhi kriteria penyediaan dan penyimpanan makanan yang selamat seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Seorang pengguna laman Facebook Mat Yoe berkongsi pendapatnya yang khuatir trend begini akan menarik lebih ramai penjual menggunakan akuarium berbanding balang air yang diyakini selamat demi kerana keuntungan semata-mata.
“Penggunaan bahan yang mengandungi silikon seperti BPA (bisfenol-A), BPS (bisfenol-S), ftalat, PVC (polivinil klorida), LDPE (polietilena ketumpatan rendah), PP (polipropilena), PS (polistirena), atau PC (polikarbonat) adalah tidak selamat.
“Balang dalam kategori gred makanan selamat diperbuat daripada plastik jenis PETE/PET (polietilena tereftalat) atau HDPE (polietilena ketumpatan tinggi). ‘Hanging filter’ di dalam gambar juga bukan diperbuat daripada bahan-bahan di atas,” jelasnya.
Selain itu, penting untuk diingat bahawa semua bahan yang disebutkan sebelum ini tidak termasuk dalam kategori ‘food safe’, oleh itu tidak selamat digunakan dalam penyediaan makanan. Kursus pengendalian makanan telah menekankan penggunaan bahan-bahan yang selamat semasa menjalankan perniagaan makanan, dan tidak boleh mengabaikan aspek keselamatan makanan hanya kerana ingin mengikuti trend semata-mata.
Perkongsiannya itu telah menarik 6k share dan juga 900 komen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan beliau.