Enam kereta mewah dari Singapura yang dipandu secara melulu menerima akibatnya apabila eksiden ketika salah satu kereta tersebut hendak memasuki simpang.
Konvoi kereta mewah itu terjadi selepas tiga daripadanya rosak teruk akibat terlibat kemalangan di Kilometer 63 Jalan Yong Peng-Kluang dekat sini
Insiden tersebut dilaporkan telah berlaku pada jam 9 pagi melibatkan tiga kereta mewah jenis Maclaren M4.
“Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di tempat kejadian, Maclaren M4 pertama telah memperlahankan kenderaannya kerana mahu masuk ke simpang kanan manakala Maclaren M4 kedua di belakang menekan brek.
“Kemudian datang Maclaren M4 ketiga dari belakang, hilang kawalan dan tidak dapat brek dengan baik lalu terlanggar belakang Maclaren M4 kedua,” katan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor
Keadaan kereta yang terlibat kemalangan di KM 63 Jalan Yong Peng-Kluang pada Ahad.
Katanya akibat pelanggaran tersebut, kereta kedua bergerak ke hadapan dan terlanggar pula belakang Maclaren M4 pertama.
Maclaren M4 pertama mengalami kemik di belakang sementara Maclaren M4 kedua kemik di depan dan belakang manakala Maclaren M4 ketiga kemik di bahagian hadapan.
Bagaimanapun katanya, pemandu kereta mewah berkenaan, Basil Wong Jun Hao, Matthew Mcgrory dan Marcus Luah Chuan Guan tidak mengalami kecederaan.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.
Baca juga: Rakyat Israel lari pergi Russia, sampai airport kena hambat dengan rakyat Russia