Baru-baru ini tular video seorang pemandu lori yang tidak bertanggungjawab didakwa melemparkan plastik berisi air kencing kepada seorang pengguna jalan raya.
Difahamkan, perbuatan tersebut sempat dirakam melalui dashcam mangsa. Plastik tersebut dilihat terkena cermin hadapan pemandu itu dan perbuatan tersebut dapat dirakam dalam dashcam.
Pemilik kenderaan itu difahamkan cuba untuk memotong lori tersebut namun mangsa terkejut kerana tiba-tiba sahaja pemandu lori melempar botol mengandungi cecair najis itu.
“Tidak tahu dia kenapa, ngam sampai sebelah dia, dia buka tingkap terus lempar. Kami berhenti di Pusat Rehat & Rekreasi (R&R) dan sahkan itu air kencing,” katanya.
Difahamkan, dia telah cuba untuk mengajak pemandu lori tersebut untuk berhenti, namun gagal.
“Ajak berhenti tak nak,” tambahnya lagi.
Video 35 saat itu mengundang kemarahan netizen dan ramai juga yang menyuruh mangsa untuk melaporkan kepada pihak yang sepatutnya.
Perangai macam ….