Seorang lelaki warga Ghana di Belgium yang asyik gagal dalam ujian teori memandu sebanyak 12 kali telah mengupah seseorang yang memiliki wajah serupa dengannya untuk mengambil ujian teori tersebut sebagai gantinya.
Serge yang menetap di Grammont, Belgium, berdepan kesulitan untuk lulus peperiksaan lesen memandunya yang mengambil masa selama lebih setahun.
Lelaki tersebut telah mendapatkan lesen memandu di negara asalnya, tetapi dia tidak dapat menggunakannya untuk memandu kereta di Belgium kerana belum melepasi ujian teori.
Jadi, dia cuba mencari wajah individu yang seiras dengannya untuk melakukan ujian teori tersebut.
Kebetulan, Serge bertemu dengan Julien, seorang lelaki dari Congo, yang tidak hanya memiliki wajah yang serupa dengannya tetapi juga mempunyai lesen memandu Belgium.
Mereka bersetuju untuk mengambil ujian di Mons, di wilayah Wallonia, Belgium namun berdepan kesulitan selepas Julien memberikan kad pengenalan Serge kepada salah seorang pemeriksa di bilik peperiksaan.
Dengan hanya melihat, pemeriksa mendapati ada perbezaan wajah antara Julien dan Sarge dan akhirnya mereka berdua dihadapkan ke mahkamah.
“Tanpa kewaspadaan, individu ini (pemeriksa) akan menerima lesen memandunya, walaupun dia tidak mampu memandu di jalan raya kami,” kata seorang pendakwa mengenai Serge di mahkamah.
Lelaki Ghana itu dituduh kerana melakukan penipuan identiti walaupun menggunakan kad pengenalan sebenar.
Baca juga: Nombor plat 888.88 ini dilelong dengan harga lebih RM6 juta