Tak tahan kedai selalu dipecah masuk, Yoe Parey tutup kedai dan tolong ayah jual budu. Kedai yang sebelum ini beroperasi di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh kini sudah bertukar pemilik.
Memetik Harian Metro, Yoe Parey atau nama sebenarnya Mohammad Ashrul Hakim Lukman berkata, keputusan ini dibuat kerana kecewa gerainya kerap dipecah masuk.
“Tiga kali kedai saya kena pecah masuk. Saya buat laporan di Balai Polis Pasir Puteh dan mereka datang buat siasatan.”
Buat keputusan tolong ayah buat budu dan hantar ke kedai runcit
“Sekarang kedai ini diserahkan kepada orang lain yang jual ayam. Saya pula tolong ayah buat budu yang dah lama diusahakan. Saya pergi hantar budu ke kedai runcit.”
“Satu dozen harganya cuma RM20. Kalau jual sebotol biasanya RM2 sahaja. Bagi saya berlakon dan berniaga ada keseronokan yang tersendiri,” katanya kepada Harian Metro.
Yoe mula dikenali ramai menerusi drama pendek di Youtube yang diarah oleh Syahmi Sazli. Syahmi mengasah bakat Yoe dan Asif untuk lebih yakin dengan diri mereka.
Mereka turut diangkat menjadi bintang utama filem Mael Totey The Movie yang berjaya mengutip lebih RM6.4 juta sepanjang ditayangkan di Astro First sejak 22 Oktober tahun lalu.
Bimbang didekati individu berniat jahat
Fenomena ini membuatkan gerai Goreng Pisang Yoe Parey menjadi tumpuan masyarakat setempat serta dari luar yang bertandang ke Kelantan.
Menurutnya lagi, dia kini berhati-hati apabila keluar ke mana-mana kerana bimbang dengan individu yang berniat jahat.
Terbaru Yoe Parey bersama Asif dan Syahmi tampil dengan filem 35mm arahan bersama Syahmi dan Seni Bayan yang diterbitkan Nine Flix Production.
Ketika ramai yang bersusah payah bekerja, ada ramai yang dengan senangnya mengambil wang hasil titik peluh orang lain tanpa merasa bersalah.
Baca Juga: Filem 35mm berjaya kutip RM1 juta dalam tempoh 7 hari, Syahmi beri jangkaan hasilkan filem ketiga