Tak tahan sangat, pemain profesional kencing atas padang bola sepak

Ingatkan budak sahaja yang buat kerja ini, rupanya orang dewasa. Pemain bola sepak profesional pulak tu!

Seorang pemain bola sepak dilayangkan kad merah selepas membuang air kecil di tepi padang sebelum mengambil sepakan sudut, kata artikel dari Hmetro.

Insiden memalukan itu berlaku ketika perlawanan Copa Peru di antara Atletico Awajun dan Cantorcillo FC.

Pada minit ke-71, Awajun mendapat sepakan sudut ketika kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Memetik Hmetro lagi, pemain Awajun Sebastian Munoz menunggu untuk melakukan sepakan ketika penjaga gol Cantorcillo Lucho Ruiz menerima rawatan perubatan dalam kotak penalti.

Namun ketika Munoz menyedari rawatan ke atas Ruiz mengambil sedikit masa, dia tiba-tiba mengambil peluang memusingkan badan dan dengan selamba kencing sambil berdiri.

Salah seorang pemain Cantorcillo melihat insiden itu dan memberitahu pengadil yang kemudiannya terus menuju ke arah Munoz dan melayangkan kad merah.

Tindakan Munoz itu pantas tular di media sosial dengan seorang penyokong berkata: “Ini hukuman buang padang atas sebab paling teruk? Dari Copa Peru. Kad merah perlu anda lihat dan percaya.”

Baca; Poster kemerdekaan julang pejuang komunis undang berang netizen, tak sangka rupanya direka oleh guru ini