Seorang kanak-kanak telah jumpa gelang emas RM10k. Gelang emas yang mempunyai berat sekitar 30.32 gram dan memilih untuk mengembalikannya kepada pemilik asal.
Baitoey yang juga pelajar sekolah rendah di Sekolah Ban Samrong Ta Chen di Si Sa Ket menemukan gelang tersebut secara tidak sengaja.
“Saya secara tidak sengaja menemukan seutas gelang tetapi ketika itu saya tidak tahu ia adalah emas asli.
“Tapi apa pun selalunya bila jumpa sesuatu, saya bawanya kepada cikgu atau guru besar sekolah yang sering membantu mencari pemiliknya.
“Kali ini juga saya lakukan perkara yang sama. Gelang itu telah berjaya dikembalikan kepada pemiliknya,” katanya.
Penduduk kampung yang mendapat tahu tentang berita itu bergegas berkumpul bersama untuk berjumpa dengan Baitoey kerana memujinya.
Baitoey membuatkan seluruh penduduk dan sekolahnya berbangga dengan dirinya.
Sementara itu, pemilik asalnya, Koon Pho-ngam, 78, berkata pada hari kejadian dia memakai seutas rantai emas dan empat cincin emas bersama gelang emas yang hilang itu.
Menceritakan kembali, jelasnya pada ketika itu dia sedang membantu sesi pengebumian di rumah tempat kejadian.
Tambahnya, dia turut memakai baju lengan panjang dan kemungkinan lengannya tersangkut pada cangkuk gelang menyebabkan ia jatuh ke lantai.
Koon Pho-ngam hanya mendapati dia kehilangan gelang itu apabila mendengar pengumuman yang dibuat pada pembesar suara.
Pengumuman itu meminta supaya pemilik gelang emas untuk tampil mengambilnya.
Bagaimanapun setakat ini, tiada berita sama ada gadis kecil itu diberi ganjaran atas kejujurannya.
Baca juga: Tular video, dakwa pengasas sebenar Pengkalan Chepa adalah Haji Che Pa menantu Sultan Ismail Shah