Tiada empati dan timbang rasa sebagai manusia. Itulah yang dapat digambarkan sikap seorang pemilik butik yang menghalau Syida Melvin dan adik beradiknya hanya kerana mereka membawa anak masuk ke dalam butik.
Menurut Syida, mereka ke butik berkenaan selepas terlihat iklan di TikTok. Memandangkan mereka akan mengadakan majlis makan malam jadi dia berhasrat untuk menyewa baju di butik berkenaan.
Tanpa berfikir panjang mereka terus ke butik berkenaan yang terletak di Shah Alam. Syida yang ketika itu membawa anaknya yang berumur 4 tahun meletakkan anaknya untuk baring kerana anaknya sedang tidur.
Tiba-tiba dia dihubungi pemilik butik berkenaan dan memberitahu bahawa dia tidak dibenarkan membawa kanak-kanak masuk ke dalam butik.
Tidak berpuas hati dengan perkara berkenaan mereka terus bertindak keluar dari butik berkenaan.
Baca juga: Macam ni rupanya ketam salin kulit, tak pernah terfikir pulak selama ni