Takkan perkara ini nak salahkan pihak berkuasa? Dia sendiri yang serahkan motosikal tu

Minggu lepas kisah motosikal RXZ dalam satu himpunan di Terengganu yang dikenakan pukat dan yang terkini pula tindakan menyita motosikal yang ditunggang oleh seorang pekerja p-hailing.

Video yang viral menyaksikan lelaki yang bernama Muhammad Shahrul Shah berjalan kaki sambil menggalas beg penghantaran makanan adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta pengguna jalan raya yang lain.

Tindakan tersebut diambil oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan selepas mendapati pekerja Food Panda tersebut melakukan kesalahan menunggang motosikal semasa Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada insurans.

Dalam pada itu video di TikTok Wan Abd Hadi menyelar sesetengah warganet yang hanya memandang ke arah satu pihak sahaja dengan cuba menyalahkan pihak JPJ yang bertindak zalim terhadap rider Food Panda.

“Dia tak bayar road tax dan insurans selama 6 bulan logik atau tidak kata JPJ zalim.

“Dia sendiri dah mengaku silap dia, malah dia sendiri yang menyerahkan kunci motorsikalnya.

“Bila diviralkan semua orang salahkan JPJ ada yang melabelkan JPJ zalim.

“Dah berapa banyak dah motosikal yang disita oleh JPJ kenapa tak viral sebab tak ada yang merakamkanya,” kata Wan Abd Hadi.

Sehubungan dengan itu, kurang 24 jam tular, penghantar makanan yang pulang berjalan kaki selepas motosikalnya disita, dibantu pempengaruh, Aisar Khaled.

Melalui beberapa hantaran di Facebook Aisar, pempengaruh itu telah membawa penghantar makanan terbabit ke sebuah kedai dipercayai bagi membeli motosikal baharu untuk lelaki tersebut.

“Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Walau apa pun. Rancangan Allah itu lebih baik,” tulisnya.

Susulan kisah itu, Aisar Khaled terus membantu rider tersebut dengan menghadiahkan sebuah motosikal baharu jenama Yamaha LC.

Malah, pelawak Achey turut menawarkan diri untuk membaiki motosikal lama rider itu tanpa sebarang bayaran.

Achey berkata, rider terbabit tidak akan mengeluarkan kenyataan lanjut kerana mengaku kesalahan sendiri iaitu menunggang motosikal tanpa cukai jalan.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 18 saat yang memaparkan seorang pekerja p-hailing berjalan kaki sambil menggalas beg penghantaran.

Video itu telah membawa pelbagai reaksi pengguna media sosial termasuk bersimpati dengan pekerja p-hailing tersebut.

Baca juga: Betul apa yang Rosyam Nor cakap- Kak KM maki hamun suami minta maaf pun tak ada