Setiap kali nak menggoreng ikan, mesti kita akan habiskan masa berpeluh di dapur kerana ikan yang digoreng melekat di kuali. Maka, kejadian rupa ikan goreng pun tidak cantik dan anda perlu menyental kuali tersebut untuk mengeluarkan kerak-keraknya. Nampaknya, salah cara goreng ikan yang kita lakukan selama ini!
Ada petua yang dikongsikan di laman Facebook tentang tips untuk mengelakkan ikan goreng melekat di kuali. Apa kata kita cuba sekejap lagi kalau nak goreng ikan, sama ada menjadi ataupun tidak?
CARA GORENG IKAN TAK MELEKAT DALAM KUALI
1. Panaskan minyak dalam kuali A tapi tuang dalam kuali B yang tak dipanaskan, baru goreng ikan. Logik dia, minyak panas tapi kuali tak panas. Banyak saya tengok chef-chef baju putih follow style nie. Bagi saya , rumit sebab kena cuci dua kuali. Its ok. Thank you.
2. Masukkan tepung jagung dalam minyak, confirm cantik tapi minyak not reusable.
. Pakai kuali tinggalan nenek tahun 80, yang ni saya tak pasti kenapa, saya ada sebiji, memang tak lekat. Mungkin kerak peninggalan dia membantu, aura dia kot. Korang jangan main-main.
4. Yang ini penemuan terkini saya, campurkan sedikit minyak semasa kita sediakan ikan dengan perapan dia. Hasil ikan sebelum nak goreng pun dah macam berminyak. Dah tiga kali saya buat, tak lekat.
*Dah cuba semua petua di atas namun ikan digoreng masih melekat? Ini aneh..