Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Haji Muhammad Sanusi menyatakan pendiriannya dalam satu video yang tular di laman sosial tiktok.
Beliau dilihat menghina adik beradik sendiri kerana berbeza pendapat tentang politik.
“Ni puak-puak ABIM ni kagum dengan Anwar Ibrahim takleh kata apa dah, adik aku ada sorang”.
Beliau juga menyatakan bahawa ayah kandungnya juga tidak menerima parti politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendesaknya menukar parti lain.
“Jadi pensyarah nak kata apa adik, ada gak sorang dalam setandan hat buruk hat burung cokcok gi hisap awal.”
Sanusi mendakwa adiknya yang menerima pendidikan hingga ke peringkat master menyokong parti politik yang salah dan terlalu mengkagumi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Info tambahan, pada selasa lalu Datuk Seri Haji Muhammad Sanusi ditahan pada pukul 3 pagi di sebuah hotel dan didakwa atas pertuduhan menghasut dalam ceramah politik.
Baca juga: Patah hidung dan lebam di seluruh badan, lelaki ini dakwa dipukul oleh Johor Military Force