Takut nak bagi anak makan luar? Ibu ini kongsi patty ayam homemade, garam gula semua ‘adjust’ sendiri

Musim cuti sekolah ini, pasti ibu ibu mahu menambah menu untuk anak yang berada di rumah bukan?

Kerana jika sering memasak lauk yang sama, pasti anak-anak akan mudah berasa jemu dan tidak mahu makan dan seterusnya wujud pembaziran.

Namun, ibu ini berkongsi resepi homemade patty yang diolah sendiri untuk ibu-ibu di luar sana. Mari cuba!

RESEPI PATTY AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 400g isi dada ayam
  • 2 biji kentang
  • 1 batabg lobak merah
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang holland
  • 2 sk serbuk lada hitam
  • 2 sk serbuk lada putih
  • 1 sk chilli flakes
  • 1 sk mixed herbs
  • 6 sb tepung ubi kayu
  • 2 sb mentega

Cara-caranya:

‘Blend’ isi dada ayam, kentang, lobak merah, dan bawang dalam pengisar makanan sehingga menjadi halus.

Kemudian campurkan semua bahan didalam satu mangkuk. Kacau hingga sebati.

Letakkan acuan di atas kertas pembakar. Ambil sejumlah adunan dan bentuk mengikut acuan dengan menekannya dengan sedikit kuat.

Kemudian, kukus sebentar patty yang telah dibentuk sebelumnya selama 3 minit sebelum disimpan dalam peti sejuk beku.

Cara memasaknya sangat mudah, grill seketika patty di atas kuali dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Baca juga: Ramai taktahu blender tumpul boleh tajam kembali, ini rahsianya!