Seorang penumpang pesawat yang mengalami alahan kacang teruk nekad membeli semua peket kacang yang ada selepas kru kabin tidak mahu menarik penjualan snek berkenaan.
Mirror UK melaporkan, Leah Williams, 27, meminta kakitangan dalam penerbangan bajet Eurowings untuk mengumumkan alahannya kepada penumpang dan meminta mereka tidak membeli atau makan kacang.
Dia yang bimbang dengan alahannya kemudian memborong kesemua 48 peket kacang selepas kru kabin enggan mengikut permintaan tersebut.
Hampir 150 pound sterling (sekitar RM888) telah dikeluarkan oleh Leah untuk pembelian tersebut, yang mana jumlahnya tiga kali ganda daripada kos tambang 50 pound sterling (sekitar RM296) yang diperlukan bagi perjalanan dari Dusseldorf, Jerman ke London, United Kingdom (UK).
“Anak kapal memandang saya dengan pandangan seperti saya gila.
“Kemudian saya minta mereka kira dan membayar semuanya (kacang) memandangkan tiada pilihan,” kata Leah.
Eurowings mengatakan semua penumpang dibenarkan membawa makanan sendiri dan tidak dapat dipastikan pesawatnya akan bebas dari alahan.
“Kru kabin kami yang terlatih secara perubatan sentiasa mempunyai akses kepada ubat untuk menyediakan penjagaan kecemasan sekiranya berlaku kejutan alahan.
“Jika ada alahan kacang, kamu harus memaklumkan kepada kakitangan di pintu masuk dan sebaik saja menaiki pesawat, maklumkan juga kepada kru kabin.
“Kru kabin lazimnya akan membuat pengumuman mengenainya dan tidak akan menjual sebarang produk mengandungi kacang,” katanya.
Baca juga: Macam mimpi! Ini bank pertama boleh keluar duit percuma, rupanya bank ada masalah teknikal