Buli siber semakin menjadi-jadi di kalangan pengguna media sosial di Malaysia.
Baru-baru ini, seorang pempengaruh berbangsa india Rajeswary Appahu didakwa menamatkan riwayat sendiri akibat tidak tahan dibuli.
Pempengaruh itu memiliki pengikut sebanyak 188,000 di Tiktok dan berita kematiannya turut tular di laman sosial itu.
“Siapa tidak luluh, asbab gangguan komen kurang enak oleh beberapa individu dengan nama samaran dan akaun palsu sejak sebulan lalu membawa kepada penemuan sekujur tubuhnya yang kaku tidak bernyawa.”
Ini merupakan kronologi kes kematian pempengaruh tersebut:
1- Pihak polis membuat pengesahan bahawa Esha telah membuat laporan polis sehari sebelum ditemukan kematiannya iaitu 4 Julai.
Namun, kertas siasatan tidak dapat dibuka kerana wanita tersebut tidak hadir pada keesokan harinya kerana sudah menamatkan riwayatnya sendiri.
2. Esha menamakan dua individu dalam laporan polis yang dibuat di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur kerana membuat komen jelik dan membuli di media sosialnya.
3. Timbalan Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), David Marshel turut mendedahkan Esha pernah meminta pertolongannya dari terus dibuli oleh beberapa individu yang menggunakan nama samaran dan akaun palsu.
4-Pempengaruh itu memberitahu bahawa dia mahu membunuh diri akibat tekanan yang berpunca daripada kata-kata hinaan sehingga membabitkan ahli keluarga.
5. Marshel memberitahu dia menasihati agar Esha menjauhi laman sosial Tiktok dan hanya kembali jika keadaan mulai reda dalam perbualannya selama 45 minit.
6-Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mendedahkan pada 6 Julai, lelaki berusia 39 tahun membuat laporan polis berkaitan ugutan yang didakwa dibuat terhadap mendiang.
7-Pengadu mendapati dua catatan di TikTok yang dimuat naik oleh pengguna dengan nama Dulal Brothers dan Alphaquinnsha yang mengandungi fitnah dan ugutan terhadap influencer tersebut. Kedua-dua akaun tersebut menggunakan foto Esha sebagai latar belakang untuk video yang mereka muat naik.
8. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan kes kematian influencer berkenaan selepas dibuli siber telah dirujuk kepada polis untuk siasatan.
Baca juga: Ramai taktahu apa itu Jana Wibawa, 6 perkara penting untuk anda ketahui!