Tampilkan model dengan pakaian menjolok mata, penganjur Kedah Fashion Show tak mohon permit rupanya

  • Post author:

Semalam, tular di media sosial gambar model wanita yang berpakaian menjolok mata di Kedah Fashion Show 2022 (KFW22) di sebuah pusat beli-belah yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos.

Gambar yang tular kemudian mendapat kritikan daripada orang ramai termasuk netizen yang mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Isu itu mendapat perhatian kerajaan negeri yang akan mengambil tindakan terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22).

Ini termasuk memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata lapor Harian Metro.

Buat Fashion Week tanpa mohon permit

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, hasil semakan, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fashion Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

“Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau malam tadi.

Baca Juga: Individu minum kopi sebelum beli-belah, cenderung habiskan duit dan berbelanja tinggi

Baca Juga: LCS: Jangan terpedaya naratif palsu BN, PH tidak buat apa-apa masa 22 bulan, ini buktinya