Tanam 7 bayi hasil setubuhi anak kandung, bapa mengaku disuruh bomoh untuk cepat kaya

Seorang bapa di Indonesia mengaku menyetubuhi anak kandung sendiri demi menjadi kaya atas nasihat seorang bomoh.

Ketua Polis Banyumas, Kombes Edy Suranta Sitepu memberitahu ia bermula apabila suspek berhijrah ke Klaten untuk menjadi buruh binaan.

“Suspek menjelaskan, pada 2011 dia berhijrah ke kawasan Klaten untuk menjadi buruh binaan. Kemudian dia bertemu dengan seseorang di sana yang dia anggap sebagai bomoh,” katanya kepada Detik.

Rudi memberitahu bomoh terbabit niatnya yang ingin menjadi kaya dengan cara yang tidak betul.

“Kemudian bomoh itu menasihatinya bahawa jika dia ingin kaya, dia perlu menyetubuhi anak kandungnya. Kemudian apabila anaknya lahir, dia perlu ditanam hidup-hidup sehingga 7 kali berturut-turut,” jelas Edy.

Rudi juga mengaku bertemu dengan bomoh terbabit ketika merayau di sekitar Klaken dan menerima cadangan untuk membuntingkan anaknya yang dirasakannya akan menjadi.

“Saya dapat bisikan daripada bomoh. Mereka kata kalau nak kaya, anak awak akan mengandung sehingga 7 kali kemudian bunuh (bayi),” kata Rudi kepada pemberita.

Rudi juga mengaku mengugut anaknya ketika melakukan hubungan seksual dengan mengatakan akan membunuhnya jika melaporkan kepada pihak polis.

Baca juga: 15 tahun menjadi paderi, Ibrahim Richmond sebak dijemput Raja Salman untuk menunaikan haji