Tanam sendiri daun sup di rumah yang pasti bebas serangga, tips ini ‘confirm’ menjadi

Daun sup atau Chinese Celery Leaves dimasukkan dalam masakan berkuah terutama sup kerana ia dijadikan sebagai penambah aroma menyedapkan makanan.

Setiap kali ibu-ibu ke pasar, mesti akan membeli daun sup ini meskipun kuantiti penggunaannya hanyalah sedikit sahaja.

Selebihnya sama ada diletakkan dalam peti ais sehingga layu atau dibiarkan busuk di dapur.

Daripada beli dan membazir, tanam sendiri daun sup ini di rumah, lebih jimat dan bebas racun serangga!

Namun, ada segelintir yang mengeluh kerana tanaman sup dipercayai tidak menjadi dan cepat mati, jom ikuti petua yang dikongsi untuk menyuburkan tanaman daun sup anda!

Sediakan tapak semaian, boleh juga beli di kedai Eco RM2

1.Sediakan benih daun dup dan rendam selama 10 jam.
Lagi baik rendam menggunakan air tanpa klorin untuk mengaktifkan benih.

2.Selain itu, teknik rendaman benih dengan air suam.
Suam-suam kuku jangan panas selamat 5 ke 10 minit juga boleh untuk mengaftifkan benih supaya mudah bercambah.

3.Siram tanah supaya kelihatan basah
Semai benih daun sup dan tutup dengan lapisan tanah, siram benih dengan berhati-hati, tray semaian hendaklah diletakkan di kawasan redup.

4.Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari
Gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.

5.Daun sup akan bercambah dalam tempoh 10 hari ke atas.
Jika nampak tanah semakin kering, spray dengan air supaya tanah kelihatan sentiasa basah.

6.Jangan terlalu kerap letak baja kerana ia boleh menyebabkan pokok itu mudah layu dan mati.

7.Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.

8.Insya Allah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin menanam pokok ini kerana ia amatlah senang untuk disemai dan dijaga.

Baca juga: 100 pastri terbaik di seluruh dunia, karipap berada di tangga ke-5 kalahkan Croissant dan Kunafa