Tandas berlendir, pinggan berdaki, berkerak buat netizen ‘termuntah’ tengok kedai ini

Individu kini lebih memilih untuk makan di kedai berbanding menyediakan makanan hidangan sendiri di dapur dek kerana kesuntukan masa akibat komitmen lain.

Namun, antara faktor yang kurang diberi perhatian apabila makan di kedai adalah kebersihan.

Pastinya setiap orang mahukan makanan yang dijamah adalah dari sumber yang bersih serta bebas daripada kotoran bermula daripada cara penyediaan sehinggalah sebelum dimakan.

Susulan itu, seorang individu yang difahamkan sebagai seorang chef telah ‘menegur’ pengendali kedai makan gara-gara menggunakan peralatan pinggan mangkuk yang ‘berkerak’ untuk pelanggan.

Assalamualaikum..nak bagitau sikit…kalau dah macam nie rupanya ..buang je laa ya..pi beli baru pinggan mangkuk tu…Nak makan pun tak de selera…ni mesti basuh main celup celup sahaja..

Bukan itu sahaja, kadang-kadang tandas juga tidak dijaga dengan baik sehingga lantainya dikatakan ‘berlendir’ akibat tidak digosok.

Dalam hantaran tersebut juga, beliau sempat menitip beberapa pesanan kepada penggendali makanan untuk menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan.

Satu lagi..kalau kat rumah kita buat production katering ke apa ke..jangan laa ada binatang berkeliaran dalam rumah…kucing ke apa ke…bagi binatang tu duk kat luar..

Tak salah nak pelihara..tapi jangan bagi berkeliaran dalam rumah kita…sampai naik atas meja..berkeliaran sana sini…lepas masak pegang bulu kucing…pi kursus pengedalian makanan pun dah memang diajar …Tempat penyediaan mesti be

Tambahnya, hantaran itu dibuat sekadar memberi pesanan kepada pengusaha makanan dan bukannya untuk menutup periuk nasi mereka.

Baca juga: Nasi putih kosong di Kelantan dijual sebungkus RM4, “mentang-mentang harga beras naik..”