Tanggang 2.0, anak sanggup minta harta mak sebelum buang ke rumah orang tua

Kisah wanita dibuang anak ini boleh dikatakan sama dengan kisah si tanggang, Bezanya disini sekurang-kurangnya Tanggang tidak meminta harta ibunya tidak seperti dua anak kepada wanita berusia 66 tahun ini.

Seorang lelaki bernama Faiz Hakim mendapat perhatian ramai apabila berkongsi video mengenai kisah di sebalik penghuni rumah orang-orang tua lapor OhBulan.

Di sinilah terungkap kisah menyayat hati seorang warga emas berasal dari Kelantan yang mempunyai dua orang anak berjawatan doktor dan jurutera di sebuah syarikat terkemuka.

Minta harta selepas ayah meninggal

Setelah suaminya meninggal, anak-anak tersebut meminta ibunya itu untuk menurunkan semua harta kepada mereka sehingga akhirnya tinggal sehelai sepinggang.

Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut dihantar ke rumah orang tua oleh dua anaknya dengan alasan terlalu sibuk berkerja dan banyak tanggungan.

Tambah menyedihkan wanita ini turut dihalau pulang ketika melawat anaknya di rumah mereka.

“Pernah nak jumpa anak sahaja dengan petugas, sampai depan rumah, anak halau.

“Ditinggalkan mak dekat rumah orang tua waktu malam dengan alasan banyak kerja dan tanggungan hidup.”

Netizen di ruang komen berang dengan sikap anak-anak yang sanggup membuang ibu ke rumah orang tua hanya dengan alasan tiada masa atau terlalu banyak tanggungan.

Mungkin mereka terlupa ibunya itu yang membesarkan mereka sehingga berada di tahap sekarang, mungkin mereka alpa dengan harta di dunia hingga lupa harta di syurga.

Ada juga netizen yang mendoakan anak-anak tersebut lembut hati dan diberi kesedaran serta menghargai ibu mereka sebelum mereka pergi selamanya.

Jangan hanya disebabkan tanggungjawab kepada keluarga, anda terlupa tangungjawab kepada ibu yang membesarkan anda.

Baca Juga: Remaja mati lemas selepas berjaya selamatkan ibu dihanyut ombak

Baca Juga: Buat tersenyum di pagi hari, aksi si cilik beri ‘mini love’ hibur netizen