Tarik rambut sebab migraine tak elok sebenarnya

Tarik rambut sebab migraine tak elok sebenarnya. Ramai yang mengatakan perbuatan tarik rambut atau scalp popping dapat melegakan sakit kepala.

Ramai juga yang lebih rela menggunakan kaedah ini daripada memakan paracetamol yang disarankan doktor.

Namun, baru-baru ini menerusi hantaran video oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Dr Wan yang berkongsi akibat buruk daripada tindakan tersebut.

Menurut Dr Wan, tindakan menarik rambut secara merentap sebenarnya amat berbahaya dan boleh menyebabkan lapisan dalam kulit terkoyak.

“Kalau lah mujarab, doktor tak payah susah-susah prescribe ubat paracetamol, ubat migrain semua, membazir duit kerajaan je,” katanya dalam video tersebut.

Jelasnya lagi, perbuatan ini boleh menyebabkan lapisan dalam kulit yang dipanggil sebagai Galea boleh terkoyak dan menyebabkan pendarahan yang boleh membawa kepada penyakit Folliculitis iaitu jangkitan kuman pada akar rambut.

“Daripada nak release headache terus dapat jangkitan kuman. Korang nak macam tu?”.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi, ada yang mengatakan tindakan tersebut merupakan satu petua orang lama dan ada juga yang mengatakan perbuatan tersebut memang berkesan kepada mereka walaupun membawa keburukan.

“Ni petua orang dulu-dulu, tapi kebanyakkan petua orang tua banyak manfaat dan membantu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Lepas ni kalau sayang rambut dan tak mahu kena jangkitan kuman pada kulit kepala, makan paracetamol, sekejap sahaja dah lega kalau tak nak makan ubat, mandilah dan basuh rambut anda.

Baca Juga: Ini sebab kenapa anda perlu kerap tukar bantal