Tarik rambut, tampar di hadapan tetamu-Pengantin lelaki berang terhadap isterinya lepas baca mesej kekasih

Pengantin lelaki begitu berang terhadap isterinya selepas membaca satu mesej yang dihantar bekas kekasihnya pada malam sebelum pernikahan.

Pengantin lelaki bertindak menarik rembut dan tampar di hadapan tetamu, serangan kelmarin itu berlaku ketika pengantin lelaki sedang menunggu isterinya bersolek. Dia kemudian melihat teks pesanan muncul pada telefon bimbit wanita itu.

Tetamu sebuah majlis perkahwinan di wilayah Guangdong, China terkejut apabila pengantin lelaki menyerang pengantin perempuan sepertimana dilaprkan laman berita Thaiger.

Pada awalnya, pengantin lelaki menyangka mesej dihantar sebagai ucapan tahniah atas perkahwinan mereka, namun dia mula marah apabila menyedari bahawa ia dikirim oleh bekas kekasih isterinya.

Kemarahan memuncak apabila pengantin lelaki melihat teks pesanan lama yang dihantar kepada isterinya termasuk nombor bilik hotel, di mana bekas pasangan kekasih itu bertemu pada malam sebelum pernikahan.

Gara-gara gagal menahan kemarahan, dia membaling telefon tersebut ke arah muka pengantin perempuan dan meminta penjelasan.

“Dia bekas teman lelaki saya. Saya ada memberitahu anda tentang dia. Dia pulang dari kerja semalam dan tahu saya akan berkahwin. Kami bertemu di sana (di hotel), tetapi kami hanya makan dan berbual sebelum pulang,” jelas wanita itu.

Wanita tersebut juga memanggil seorang rakan yang menemaninya pada malam tersebut sebagai saksi di hadapan suaminya.

Pengantin lelaki enggan menerima penjelasannya memandangkan tiada sebarang bukti bahawa mereka tidak berkongsi bilik hotel tersebut.

Tetamu yang melihat situasi itu betindak campur tangan bagi menghalang pengantin lelaki daripada menyerang pengantin perempuan.

Tidak dijelaskan sama ada hubungan mereka kekal selepas kejadian itu.

Baca juga: Suami buat kejutan hadiahkan isteri kereta Ferrari RM1.2 juta kerana lahirkan ramai zuriat