Ramai yang tahu bahawa pelawak dan penyampai radio Shuib mengusahakan perniagaan minuman yang dikenali sebagai Bubble Bee.
Pada bulan Julai yang lalu, Shuib mendedahkan bahawa Bubble Bee telah mencapai jumlah kutipan jualan sebanyak RM150 juta dalam tempoh 3 tahun, dan syarikat ini kini memiliki puluhan cawangan di seluruh Malaysia.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini, seorang individu yang tidak dikenali memuat naik kenyataan di TikTok, mendakwa bahawa majikan Bubble Bee terlibat dalam kecuaian dalam membayar gaji dan gagal membuat caruman KWSP pekerja.
Menerusi pendedahan tersebut dari akaun tiktok @pejuangkeadilan , syarikat Bubble Bee dikatakan menolak bahagian gaji pekerja untuk caruman KWSP setiap bulan, namun sebenarnya tiada transaksi yang dilakukan pada akaun pekerja.
Menurut dakwaannya, isu ini tidak pernah berlaku sepanjang tahun 2021 dan 2022, tetapi apabila memasuki tahun 2023, hanya satu atau dua bulan sahaja yang dicarum.
Selain isu berkaitan caruman KWSP, syarikat itu juga dikatakan sering membayar gaji pekerja dengan lewat, bahkan melebihi hari ketujuh minggu pertama bulan berikutnya.
Dakwanya lagi, dia menyatakan bahawa sudah mengemukakan aduan ke KWSP dan Jabatan Buruh, namun pihak berkenaan kelihatan senyap tanpa sebarang tindakan atau respons.
Individu tersebut juga mengesahkan bahawa setiap komen di Instagram yang menanyakan tentang gaji dan KWSP akan dipadamkan.
Baca juga: Fazura kurang pasti ‘niat’ Neelofa, tolak ajakan ‘berkawan’ kerana perlu izin suami