Tular rakaman memaparkan ais panggang di China yang diperasakan dengan rempah ratus dan juga sos.
Oddity Central melaporkan, makanan jalanan yang pelik itu terkenal selepas tular rakaman klip pendek di sebuah gerai di Nanchang, Wilayah Jiangxi.
“Kami tidak dapat melihat sesiapa yang benar-benar memakan hidangan itu tetapi ia nampaknya sangat popular pada musim panas kerana ditawarkan sebagai hidangan percuma.
“Selepas video asal menjadi tular, saluran berita China berjaya menjejaki pengusaha gerai makanan jalanan itu dan mengetahui lebih lanjut mengenai hidangan popularnya.
“Rupa-rupanya, lelaki itu mendapat idea untuk membuat ais bakar pada hari yang panas, sebagai cara untuk menyejukkan orang,” kata seseorang di laman sosial, Weibo.
Tujuan asal individu tersebut mencipta hidangan tersebut adalah untuk jenaka sahaja namun mendapat sambutan ramai.
Makanan pelik itu perlu ditempah dahulu dan ia tidak memerlukan apa apa kos.
Makanan itu rumit kerana ia dimasak dengan api terbuka tetapi tidak cukup untuk ais cair sepenuhnya.
“Perlukah saya memakannya ketika panas, atau memakannya ketika sejuk,” tanya seseorang di laman sosial, Weibo.
“Apakah ini?” tanya yang lain.