Syarikat tawar RM47,000 jika anda boleh hidup tanpa telefon setahun

Syarikat pembekal yogurt, Siggi’s Dairy, kini menawarkan hadiah berjumlah AS$10,000 (RM47,160) kepada individu yang berjaya menjalani kehidupan tanpa menggunakan telefon pintar selama sebulan.

Akhbar New York Post melaporkan bahawa syarikat yang berpangkalan di negeri New York itu mengumumkan peraduan tersebut semalam yang nyata menimbulkan keterujaan orang ramai.

“Daripada meminta orang ramai menahan diri daripada alkohol selama sebulan, kami mencabar anda untuk tidak menggunakan telefon pintar anda.

“Kami percaya tentang kuasa untuk menjalani kehidupan secara lebih sederhana tanpa banyak  gangguan. Salah satu gangguan terbesar dalam hidup kita hari ini ialah telefon pintar,” kata syarikat berkenaan.

Peserta akan dipilih melalui esei yang mereka serahkan kepada syarikat berkenaan.

Bagi memastikan peserta tidak menggunakan telefon pintar mereka, Siggi’s Dairy akan mengirimkan kotak berkunci yang mengandungi telefon kecil berserta kad SIM prabayar kepada setiap peserta untuk tempoh sebulan.

Setelah tamatnya peraduan, 10 pemenang akan menerima ganjaran wang tunai dan 60 cawan yogurt keluaran syarikat. Tempoh pendaftaran peraduan telah bermula semalam dan akan berakhir pada 31 Januari ini.

Baca juga: “Tunang aku tak tutup aurat jadi satu family semua benci dia. Bila tarikh nikah lagi 3 hari aku tinggalkan dia”