Tayang kereta sorong mewah bayi berharga RM36,000, tiktokers mengaku beli bukan untuk keselamatan

Seorang wanita yang terkenal di media sosial TikTok dari Dubai memaklumkan bahawa beliau telah membeli kereta sorong bayi untuk anak yang bakal dilahirkan dengan harga AS$7,700 (RM35,523).

Linda Andrade, 24, dengan nada bergurau menulis bahawa bagi dirinya, jenama mewah lebih penting daripada faktor keselamatan kereta sorong tersebut.

Dalam klip videonya yang telah ditonton lebih daripada 9.2 juta kali, Linda memperlihatkan kereta sorong berjenama itu kepada para pengikutnya.

Dia menulis: “(Saya tidak kisah) tentang keselamatan. Apa yang penting, ia kelihatan cantik. Perkara terbaik mengenai kehamilan adalah, sudah tentu membeli-belah.”

Dia yang juga bekerja sebagai pencipta kandungan berkahwin dengan pedagang matawang asing dan kripto.

Baca juga: “Aku meraung bila dengar jawapan mertua bila bincang pasal faraid, tak pernah sangka orang macam ini boleh..”