Tegak bulu roma! Ini 3 anak patung lagenda menakutkan selain Annabelle yang anda perlu tahu

Sejak kehadiran patung Chucky dan Annabelle, pasti ramai di antara kita yang rasa seram sejuk andai ada patung berbentuk sedemikian di rumah bukan?

Jangan risau. Ramai yang merasai perasaan begitu kerana tidak semua kebal terhadap hantu dan pastinya akan berfikiran negatif terhadap patung tersebut.

Ini tiga patung yang menyeramkan yang berjaya direkodkan iaitu Elmo knows your name, Harold and Okiku.

1.Haunted Harold

Harold merupakan patung pertama yang terjual di laman Ebay. Diberi nama Haunted Harold dan ramai yang membida patung ini di laman Ebay.

Menurut cerita sebenar, penjual yang menjual di Ebay mengatakan beliau membeli patung tersebut di pasar lambak. Penjual tersebut mengatakan ia kepunyaan anaknya yang telah meninggal dan memberikan amaran bahawa Harold ini berhantu.

Penjual Ebay memberitahu selepas membeli patung tersebut, dia ditimpa malang apabila kucing kesayangannya mati tanpa sebab yang tidak diketahui dan teman wanitanya meninggalkan dia. Dia juga mengalami sakit kepala yang amat teruk.

Akhirnya Harold telah bertukar milik. Pemilik yang baru ini mendakwa rakannya yang mahu datang melihat Harold telah mendapat barah otak dan meninggal dunia walaupun keadaannya baik sahaja sebelum ini.

Rakan lain ada juga yang datang namun selepas itu terjatuh tangga dan turut meninggal dunia.

Patung ini terus bertukar milik kerana tiada siapa yang berani menyimpannya hingga kini.

2. Okiku

Kisah Okiku ini sangat popular di negara Jepun. Dinamakan sempena kanak-kanak yang bermain dengannya namun anak kecil ini meninggal kerana selesema ketika berusia dua tahun.

Kanak-kanak ini sangat menyukai patung ini dan kerap bermain dengannya hingga ke akhir hayatnya.

Setelah kematiannya, keluarganya meletakkan patung Okiku di atas altar rumah mereka dan bersembahyang kepada patung ini sebagai memori kepada anaknya.

Namun, mereka perasan bahawa rambut anak patung ini telah tumbuh dan semakin panjang. Mereka percaya bahawa roh anaknya ada berada di dalam patung tersebut.

Pada 1938, keluarga Suzuki telah berpindah ke bandar lain dan letakkan anak patung tersebut di Kuil Mannenji, di mana anak patung tersebut kekal di sana sehingga sekarang.

Rambut Okiku berterusan tumbuh dan orang di Jepun membuat upacara di kuil sambil memotong rambut Okiku secara tahunan.

Tak ada orang yang dapat jelaskan bagaimana rambut tersebut boleh terus tumbuh, namun ujian di makmal menemui rambut tersebut merupakan milik kanak-kanak.

3.Elmo knows your name

Pada tahun 2005, Fisher-Price memperkenalkan sebuah anak patung dari salah satu karakter siri televisyen Sesame Street yang bernama Elmo Knows Your Name. Anak patung yang interaktif ini memiliki kemampuan untuk berbicara dan dapat diprogram untuk menyebut nama anak serta hal-hal kesukaannya. Selain itu, ia juga akan menyanyi dan bercerita dengan menyertakan nama anak yang telah diprogramkan melalui komputer.

Namun begitu, berlainan pula yang berlaku pada keluarga dari Florida ini. Pada tahun 2008, keluarga ini mendakwa bahawa anak patung yang dibelikan mula memberikan ancaman bunuh ke atas anaknya.

Pada mulanya, Elmo yang dibeli itu bercakap seperti yang diiklankan, menyebut nama anak mereka, James, dan frasa-frasa yang telah diprogramkan. Namun, setelah ibu bapa ini menukar bateri anak patung tersebut, perilakunya berubah menjadi menakutkan. Patung tersebut mulai menyanyikan kata-kata “Bunuh James” berulang kali.

Baca juga: Geli tengok senduk kayu masih ada sisa makanan, ini rupanya tips rahsia yang anda kena tahu