Teka-teki sakit kepala hingga tak nampak, rupanya ada benda tersangkut dalam otak

Teka-teki sakit kepala hingga tak nampak akibat daripada benda yang telah tersangkut di otak sejak lima bulan lalu menyebabkan satu cecair keluar daripada hidungnya.

Pemeriksaan doktor di hospital akhirnya terjawab apabila doktor menemui sepasang penyepit atau chopstik dalam tengkorak kepalanya, lapor Oddity Central.

Beliau dimasukkan ke Cuba Friendship Hospital di bandar Dong Hoi, wilayah Quang Binch, selepas mengadu sakit kepala, hilang penglihatan dan cecair keluar daripada hidungnya.

Bagaimanapun lelaki itu tidak tahu apa puncanya, namun selepas imbasan tomografi berkomputer (CT) mendapat terdapat dua objek asing yang menonjol dari hidung ke dalam otaknya.

Semasa pemeriksaan rapi dilakukan, objek tersebut adalah sepasang chopstik.

Bagaimana penyepit itu masuk ke dalam tengkoraknya, lelaki itu jawab dia dia pernah mengalami kejadian sejak lima bulan lalu.

Katanya semasa keluar minum, dia terbabit dalam pergaduhan hingga menyebabkan dimasukkan ke hospital.

Doktor mengesyaki lelaki lain memasukkan penyepit ke dalam tengkoraknya semasa pergaduhan berlaku, namun lelaki itu tidak mengingatinya.

Selepas mempertimbangkan semua pilihan, pasukan perubatan melakukan pembedahan endoskopik melalui hidung dan mengeluarkan sepasang penyepit yang patah itu.

Menurut doktor, Nguyen Van Man, Ketua Jabatan Neurosurgeri di hospital tersebut, lelaki berusia 35 tahun itu didapati stabil dan dibenarkan keluar ke hospital selepas keadaanya didapati pulih sepenuhnya.

Baca juga: Lelaki T’ganu buat hal dalam surau, buka zip tunjuk kemaluan kepada doktor wanita

.