“Haram tu Sara..”. Itulah kata-kata ibu kepada anaknya yang menangis menggelupur nak bela anak babi yang dianggap comel. Video yang mendapat tontonan jutaan viewers itu menarik perhatian netizen yang menganggap telatah anaknya sebagai comel.
Menerusi video yang dikongsikan pempengaruh Elly Emirza memperlihatkan anak kedunya iaitu Sara menangis kerana ibunya tidak dapat memenuhi permintaannya yang inginkan memelihara anak khinzir sebagai haiwan peliharaan.
Dalam pada itu, Elly sempat menjelaskan kepada anaknya bahawa haiwan tersebut tidak boleh dipelihara malah haram disentuh oleh umat Islam.
Kamu tahu tak, haram tu Sara. Baik kamu bela anak cicak ke, anak tapir ke anak musang ke. Kamu ni dah kenapa? Kena mengucap banyak ni, kembali ke pangkal jalan. Dah jauh sangat tu.
Video pendek yang dikongsikan itu telah mendapat 2.3 juta tontonan dan menerima pelbagai respon daripada warganet yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat si kecil itu.
Tidak kurang juga, ada yang memberi idea kepada Elly untuk membeli ‘guinea pig’ sebagai haiwan peliharaan.
@ellyemirza weh sara pelik pada mail lagi😭😭😭 @Nurrifa Rich HQ ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Baca: Pengunjung terkejut NSK jual daging katak letak sebelah ikan