Telefon pintar overheat? Jangan panik, ini yang patut anda lakukan

Telefon pintar overheat? Jangan panik, ini yang patut anda lakukan. Peranti telefon pintar anda boleh menjadi panas sekiranya terdedah dalam cuaca yang terlalu panas dalam waktu yang lama atau penggunaan tanpa rehat.

Menurut Wiser, terdapat dua faktor yang boleh menyumbang kepada pengurangan suhu peranti anda yang sedang dalam keadaan panas. Faktor luaran yang anda boleh buat pada peranti anda dan faktor dalaman melalui tetapan dalam dalam peranti.

Faktor Luaran

Cepat-cepat menjauhkan peranti anda daripada sumber haba yang membawa kepada peranti anda memnjadi panas. Sebagai contoh, berhenti menggunakan telefon pintar anda, jauhkan ia daripada cahaya matahari dan biarkan ia seketika. Tidak lupa juga untuk anda membuka casing telefon anda sekiranya anda menggunakan casing.

Sebagai penambahan, anda boleh meletakkan peranti anda pada sumber penyejuk seperti kipas atau pendingin hawa. Akan tetapi, tetapkan pada aras atau suhu biasa pada kipas atau pendingin hawa tersebut. Hal ini demikian, perubahan suhu yang mendadak daripada panas kepada sejuk tidak baik bagi peranti.

Ada juga yang apabila telefon terlalu panas, cepat-cepat meletakkan telefon terbabit ke dalam peti ais. JANGAN LAKUKAN INI!

Penurunan kepada suhu yang sangat rendah daripada peranti yang telah ‘overheat’ berisiko untuk menghasilkan wap-wap air pada komponen peranti tersebut. Justeru, ini akan mendedahkan peranti anda kepada risiko untuk menjadi rosak.

Oleh itu, ianya lebih baik sekiranya anda mengurangkan suhu peranti anda secara teratur minimum. Di samping itu, anda boleh memasang perkakas luaran seperti ‘air cooler’ kepada peranti anda untuk memastikan suhu peranti anda pada keadaan optimum.

Faktor Dalaman

Anda boleh menutup tetapan wifi dan data mudah alih (mobile data). Hal ini kerana sebarang tetapan peranti yang menggunakan sambungan data akan menggunakan bateri dan sedikit sebanyak menyumbang kepada pemanasan peranti.

Tambahan lagi, anda boleh sahaja untuk terus meletakkan peranti anda dalam mod ‘airplane’ untuk menutup terus sambungan data pada peranti.

Selain itu, sekiranya peranti anda mudah atau kerap overheat, adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan mod jimat kuasa yang tersedia pada peranti anda.

Tambahan di musim perayaan ini, pastinya telefon anda akan mengalami overheat disebabkan selfie anda dan juga video yang dibuat bagi merakam memori setelah dua tahun tidak beraya dan berjumpa sanak saudara.

Baca Juga: Wanita ambil lebih banyak masa ketika isi minyak berbanding lelaki, betul ke?

Baca Juga: Pakar diet syorkan 5 jenis buah paling baik untuk turunkan kolestrol