Kita selalu dengar seorang wanita tidak lagi bebas setelah mereka berkahwin. Lebih parak jika suami tidak mengizinkan untuk mereka berbuat sesuka hati tetapi, kisah kali ini agak unik kerana belum berkahwin tetapi wanita ini sudah dikongkong teruk. Ikuti kisah ini.
Hi. Aku seorang perempuan yang berumur lewat 20-an. Ini kisah tentang perkenalan aku dengan seorang lelaki yang muda 5 tahun daripada aku. Kami telah berkenalan selama 9 bulan. Aku kenal dia sewaktu kami berkerja dahulu.
Aku tertarik dengan sifat dia yang solat penuh 5 waktu, seorang yang caring, seorang yang ambil berat tentang aurat aku, di mana dia akan pastikan tudung aku menutupi dada, baju longgar dan labuh, solat awal waktu. Dia juga seorang yang tidak suka main game, bukan kaki lepak.
Senang cerita dia seorang lelaki yang suka duduk di rumah dan habiskan masa dengan workout dan exercise sahaja. Dan benda yang paling ajaib sekali, kami mempunyai tarikh lahir, hari yang sama cuma berbeza tahun sahaja.
Dia tidak mempunyai kereta, hanya pakai motor itu pun motor abang dia dan aku mempunyai kereta. Tiap kali kami nak keluar, aku akan ambil dia di rumah dan kami akan luangkan masa bersama.
Cerita dia bermula di mana awal perkenalan kami tu cukup indah, dia sangat menjaga tutur kata, dan tidak pernah buat aku marah memandangkan aku seorang yang sangat sangat penyabar.
Lama kelamaan, aku nampak perangai dia sedikit demi sedikit di mana dia cuba untuk mengawal pergerakan aku. Aku tidak dibenarkan berbual dengan kawan lelaki sekerja (kami kerja sekali jadi setiap gerak geri aku diperhatikan).
Aku tidak dibenarkan mesej atau approve / follow social media mana-mana kawan lelaki atau kawan sekerja mahu lelaki ataupun perempuan (perempuan pun kena tunggu dia tapis mana boleh kawan baru boleh follow).
Aku ikutkan sahaja tanpa ada apa-apa bantahan. Setiap pagi dia akan make sure aku dah breakfast, dia akan belikan makanan atau bawa dari rumah dan aku juga kerap memasak untuk dia dan makan bersama. Pada satu hari, aku berbual dengan kawan kerja aku (boss aku waktu itu di mana dia minta aku selesaikan satu kerja).
Tanpa berlengah, aku bantu boss aku dan dengan serta merta aku dihamun oleh teman lelaki aku. Sebab dia marah? Sebab aku tidak minta izin pada dia untuk ke tempat duduk boss aku, tidak minta izin pada dia untuk bantu boss aku dan sama juga jika kawan sekerja minta tolong aku.
Aku WAJIB meminta izin dia terlebih dahulu termasuk lah nak pergi tandas waktu berkerja juga perlu inform pada dia. Dan itu lah pertama kali dia keluarkan bahasa kesat aku kau pada aku, aku terasa sangat sebab aku tak biasa dikasari.
Perkara tu buatkan aku menangis depan dia dan dia janji tidak akan ulangi lagi (dan Alhamdulillah itu pertama dan terakhir dia cakap aku kau bila marah). Aku tak tahu macam mana nak explain perangai dia, tapi tiap kali kami bergaduh mesti sebab dia SANGAT REMEH bagi aku.
Bagi dia benda tu BESAR yang membuatkan dia akan h1na aku. Biarlah aku point kan satu persatu sebab yang buatkan kami bergaduh di sini. Dan sejujurnya kami tak pernah langsung bergaduh tentang orang ketiga ke, menipu ke, atau pasal perkara-perkara yang besar.
1. Bila weekend waktu bercuti, biasalah perempuan kalau PMS akan bangun lewat sikit around 10am. Bagi dia tu MASALAH BESAR dan dia bagitau aku dia paling benci perempuan kuat tidur (sedangkan aku tak pernah tidur petang).
Selalunya lepas subuh kami akan otp dan aku hanya diberi keizinan tidur lepas subuh pun limit sampai 8.30am sahaja then dia akan mengamuk kalau aku bangun lewat daripada tu. Jika aku mandi dan solat lewat pun dia akan bising. Tapi jika dia buat, tak apa. Dia kata dia tak apa, tapi aku tak boleh sebab aku perempuan.
2. Dia marah bila aku reply chat dia lambat (contoh waktu ni aku tengah kemas rumah) dia marah sebab dia kata sekurangnya bagitau lah dia yang aku nak kemas rumah. Kalau aku dah kemas rumah, kemudian aku mengadu aku sakit badan, dia akan mengamuk sebab aku degil buat kerja berat -berat sedangkan dia dah pesan jangan buat kerja berat.
Bila aku mengadu aku sakit badan ke, pening ke mesti kami bergaduh. Dia tak suka aku mengada-ngada. Dia kata setiap benda yang aku mengadu meluahkan pada dia tu semua nya mengada-ngada. Aku sedih sangat. Biasalah kita perempuan nak mengadu itu ini.
Bila dia sakit badan, aku sanggup order pandamart belikan dia panadol, yoko yoko, koyok untuk kurangkan sakit dia. Tapi bila waktu aku mengadu itu ini dia kata aku ni mengada-ngada.
Dia juga sangat pantang kalau aku reply mesej dia pendek walaupun dia reply OK, BAIK. Aku wajib reply panjang dan dia benci kalau aku reply emoji sahaja. Katanya hanya dia sahaja yang boleh reply sepatah atau tak nak reply langsung.
3. Kalau aku nak online socmed, aku WAJIB inform dia terlebih dahulu bila nak on social media, nak post atau upload apa-apa di socmed. Aku tidak dibenarkan online terlalu lama instagram, fb, kalau aku tengah online tanpa bagitau atau reply mesej dia, kami akan bergaduh.
Kalau dia tak apa, kadang-kadang bila tengah chat aku nampak saja dia online tapi aku tak pernah pertikaikan. Aku sabar. Aku sampai pernah deactivate instagram aku sampai 2 bulan sebab aku tak tahan bergaduh benda kecil. End up dia pujuk aku untuk activekan balik.
4. Jika aku nak beli apa-apa di shopee aku kena inform dia terlebih dahulu. Tak boleh beli sesuka hati kena tunggu keizinan dia boleh atau tidak beli tu. Untuk pengetahuan pembaca, setiap bulan kami akan contribute duit gaji masing-masing dalam RM500-600 untuk duit kahwin di ASB.
Sama juga kalau aku nak pergi mana-mana aku wajib bagitau dan minta keizinan dari dia dulu termasuklah jika nak balik rumah family aku. Kata dia aku ni kena jadi isteri solehah dan dia tu suami aku. Wajib buat semua ni dan JANGAN MELAWAN.
Sebenarnya terlalu banyak sangat perkara yang aku nak senaraikan pantang larang teman lelaki ku yang menjadi punca kami bergaduh. Kadang-kadang dia jadi seorang yang sangat matang dalam menasihati aku, cuma benda kecil macam ni pun boleh bergaduh.
Dan boleh aku katakan ini lah pertama kali aku bercinta dan bergaduh disebabkan perkara remeh sehingga dia akan BLOCK aku di socmed. Aku tak pernah block dia sebab bagi aku benda tu tak matang. Setiap kali bergaduh, dia akan hina aku, pernah sekali dia hina keluarga aku.
Dan dia akan cakap dia tak kisah dan tak heran jika aku nak cari lelaki lain atau nak pergi dari hidup dia. Kalau aku tak boleh tahan dengan pantang larang dia, aku boleh berambus. Dia seorang yang sangat-sangat ego dan pantang dicabar.
Dia juga kadang-kadang pernah jadi play victim macam aku yang teruk, aku tak akan jumpa lelaki macam dia yang tak kaki lepak, tak main game. Aku tak nafikan dia memang solat penuh 5 waktu dan selalu pesan pada aku tentang agama cuma dia tak boleh kawal sifat marah dia.
Bila bergaduh kadang-kadang dia akan cakap aku tak ada otak, dia suruh aku pergi dari hidup dia dan macam-macam. Tapi bila aku tak contact dia 2-3 hari, dia akan cari jalan nak berbaik walaupun dalam keadaan penuh dengan keegoaan cara dia pujuk.
Dia kata dia sayang aku sebab aku ni tak pernah berputus asa dengan dia, aku masih setia dan sabar dengan dia. Aku tak pernah cari salah dia, tak pernah aku cari point buruk dia untuk kami bergaduh sebab bagi aku tak ada apa yang nak digaduhkan pun.
Tapi dia sering cari point walau sekecil kuman. Setiap kali bergaduh, aku banyak sangat mengalah dan pujuk dia baik-baik. Aku datang rumah dia. Dia suka kalau aku datang cari dia, senang cerita dia suka aku terhegeh-hegeh dengan dia.
Aku dan dia dah sama-sama berhenti kerja beberapa bulan yang lepas dan dia akan make sure contact list aku tak akan save satu pun nama budak budak office lama kami. Aku seorang yang periang, banyak cakap, dan suka melawak. Dia seorang yang tegas tapi penyayang.
Dia paling benci jika aku buat lawak. Dia kata dia tak suka perempuan main-main, dia suka perempuan yang serious sahaja. Ada masa boleh bermain. Cuma sejak aku kenal dia, aku dah tak jadi diri aku sendiri. Kadang-kadang aku terpaksa fake jadi serious sedangkan sifat aku memang happy go lucky.
Dan lama kelamaan aku menjadi seorang yang anxiety, depression pun ada. Aku terlalu sayangkan dia walaupun perangai dia suka cari gaduh (end up aku dituduh tak pernah bagi mentaI dia okay, aku yang cari masalah langgar pantang larang yang kecik kuman tu).
Aku sayang dia, aku tak boleh kehilangan dia walaupun dalam fikiran aku banyak kali nak move on, lupakan dia, putus terus. Tapi aku tak boleh menafikan aku perIukan dia. Aku teringat segala kebaikkan dia pada aku, contoh macam sekarang aku takde kerja, setiap bulan dia akan bagi aku duit belanja walau tak banyak tapi katanya dia nak didik diri dia supaya lebih bertanggungjawab.
Dia juga tak malu suap aku makan di public, temankan aku ke mana saja, make sure cuti dia ada aktiviti dengan aku, pakaikan aku stokin, ketipkan kuku aku dan sebagainya. Benda kecil macam tu buat aku sayang pada dia.
Jika kami berbaik, ayat-ayat dia sentiasa menyenangkan. Dia boleh jadi seorang yang pemarah, yang baik sangat, yang sweet sangat. Dia boleh berubah semua tu bila-bila masa sahaja terutamanya bila aku langgar pantang larang dia. Aku buntu. Teman lelaki aku ni sayang aku ke tidak sebenarnya? – Uqasha (Bukan nama sebenar)